Tuesday, Jan 23, 2018
HomeKeluarga“Wow…Hebatlah Sayang ni!”

“Wow…Hebatlah Sayang ni!”

“DALAM perjalan pulang ke rumah tadi, mood nak bersama isteri cukup bergelora. Tak sabar rasanya nak tarik dia masuk ke dalam bilik, tetapi apabila berada di atas ranjang tiba-tiba saja ghairah tu hilang. Kenapa ya?” Luah Saiful dengan wajah murung.

Anda berasa sihat dan bertenaga, tetapi tiada mood untuk bersama pasangan. Apakah ini petanda ghairah seks menurun?

Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan anda tidak berminat untuk melakukan hubungan seks.

Hubungan seksual bukan sekadar memenuhi keperluan batin, juga menjadi rencah penting untuk mengeratkan hubungan pasangan suami isteri.

Kegiatan seks seharusnya dilakukan dengan penuh kasih sayang, tertib dan paling penting, saling memahami serta berusaha memenuhi keinginan serta kepuasan bersama.

Beberapa kajian menunjukkan, tanpa melakukan aktiviti pemanasan, anda dan pasangan mungkin menghadapi kesukaran membangkitkan mood untuk melakukan hubungan seks.  Jadi, apa kata cuba panduan berikut ini agar anda dan pasangan dapat menikmati kepuasan seks sepenuhnya.

1. Tampil menggoda
Penampilan seksi dapat membantu membangkitkan ghairah seks. Cuba gaya berani dengan berpakaian seksi supaya aktiviti pemanasan dapat dilakukan secara menyeluruh dan bebas.

2. Warna ghairah
Pilih pakaian dengan warna memikat dan mengghairahkan. Mungkin anda boleh memilih merah cili untuk tampil seksi dan berkeyakinan.

Merah cukup memikat di mata lelaki dan warna ini menunjukan keinginan seksual yang sangat besar atau hitam jarang (transparent) yang menyuntik aura misteri.

3. Multivitamin
Jika daya tahan tubuh anda kurang baik, dapatkan nasihat doktor dan amalkan pengambilan multivitamin yang boleh membantu membangkitkan ghairah seks. Pengambilan multivitamin membuat tubuh lebih bertenaga, sekali gus memberi kepuasan maksimum kepada pasangan.

4. Persekitaran selesa
Suasana nyaman dan selesa membantu anda bersama pasangan tanpa gangguan. Bilik tidur bersih dan kemas membangkitkan keinginan seksual.

Jika berkemampuan, mungkin anda boleh bawa pasangan menginap di hotel atau resort di tepi pantai (pulau). Bulan madu bukan hanya untuk pasangan pengantin baru sahaja, ya.

5. Wangian
Selain penampilan diri, kebersihan diri harus diberi perhatian. Bersihkan diri anda dan pakai wangian agar pasangan selesa serta teruja untuk bersama anda. Walaupun anda dan pasangan telah lama berkahwin, itu bukanlah alasan untuk memberi layanan seksual secara ala kadar

6. Sentuhan
Saling menyentuh tubuh pasangan boleh membangkitkan mood untuk melakukan hubungan seks. Anda boleh mendapat kenikmatan seks dengan mengetahui titik tertentu yang dapat merangsang tubuh.

Apabila melakukan aktiviti pemanasan, sentuh bahagian tubuh yang boleh menimbulkan rangsangan dan lakukan di depan pasangan (atau beritahu pasangan). Dengan cara ini, pasangan tahu bahagian mana yang menjadi titik sensitif anda.

7. Pembangkit ghairah
Menurut penulis buku The Love Diet, Amy Reily, makanan laut terutama tiram boleh membantu membangkitkan ghairah seks. Manakala sumber daripada Times of India, menyatakan, asid amino yang ada di dalamnya berkesan meningkatkan hormon seksual lelaki dan wanita.

Jika tidak boleh atau kurang suka makanan laut, boleh amalkan makan saderi, timun atau tambah serbuk kayu manis dalam masakan anda.

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Tip ceriakan ruang k
Sharnaaz Ahmah bikin

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja