Saturday, Sep 26, 2020
HomeTerkiniWartawan Meja Luar Negara NSTP Meninggal Dunia

Wartawan Meja Luar Negara NSTP Meninggal Dunia

Wartawan Meja Luar Negara NSTP Meninggal Dunia

SHAH ALAM- Wartawan Meja Luar Negara The New Straits Times Press (NSTP), Bennie Zie Fauzi, 42, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Pangsapuri Damai Seksyen 25 di sini, kira-kira jam 11.30 pagi oleh dua adiknya, Dr Nanie Zie, 38, dan Daniel, 28.

Advertisements

Adik Allahyarham, Farhan Fauzi, 31, berkata kakaknya meninggal dunia dipercayai akibat masalah jantung dan lelah.

“Dia ada menghubungi seorang lagi kakak saya, Nanie Zie, mengadu mengalami gastrik sebelum Kak Nanie dan adik lelaki saya bergegas ke rumahnya.

“Sejurus sampai di rumahnya pintu berkunci, kak Nanie dan adik kemudian memecahkan selak pintu sebelum ternampak Kak Bennie terbaring di ruang tamu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di sini.

Dikebumikan di Kuala Kangsar

Allahyarham yang mempunyai sejarah sakit jantung dan lelah masih belum berumah tangga dan tinggal seorang diri, menetap di situ sejak empat tahun lalu.

Lebih 50 rakan sekerja di NSTP diketuai Pengurus Besar Kumpulan Sumber Manusia Media Prima Berhad, Nor Arzlin Rezwan, menziarahi jenazah Allahyarham kira-kira jam 12 tengah hari di kediaman itu, sebelum dia dibawa ke Kuala Kangsar.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Buaya, Padang Rengas, Kuala Kangsar, pada 9.30 pagi esok.

comments

FOLLOW US ON:
Pengikut Intan Berta
7 Tip Ini Bantu Anda

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja