Tuesday, Dec 11, 2018
HomeBeritaWanita baling kasut ke arah Hillary Clinton di Vegas

Wanita baling kasut ke arah Hillary Clinton di Vegas

LOS ANGELES: Seorang wanita menyerbu melepasi kawalan keselamatan dan membaling kasut ke arah Hillary Clinton di Las Vegas tetapi tersasar dan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat itu berseloroh mengenai kejadian itu.

Advertisements

Wanita itu bertindak sedemikian ketika Clinton berucap pada pertemuan Industri Kitar Semula Sisa Pepejal (ISRI).

Clinton yang dikatakan bakal calon Demokrat untuk pilihan raya president 2016, mengelak ketika kasut itu melayang pada paras kepala di sebelah kiri beliau.

“Apakah itu, kelawar?…Apakah ada orang melempar sesuatu kepada saya?” kata Clinton pada mulanya.

Selepas kembali tenang beliau menambah: “Apakah ini sebahagian daripada Cirque du Soleil?” — merujuk persembahan tarian akrobatik di Begas.

“Saya tidak tahu pengurusan sisa pepejal begitu kontroversi. Nasib baik beliau tidak pandai bermain bola lisut seperti saya,” katanya menyebabkan hadirin ketawa.

Wanita berambut perang itu segera diiring keluar dari dewan dan ditahan. – AFP / Berita Harian

comments

FOLLOW US ON:
Mati berdiri salah t
Ragut tiga nyawa

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja