Saturday, Dec 5, 2020
HomeTerkiniVarilux® X series TM Teknologi Terbaik Untuk Generasi Moden

Varilux® X series TM Teknologi Terbaik Untuk Generasi Moden

Meningkatkan teknologi penglihatan jarak dekat untuk generasi moden presbiopia yang inginkan lensa memenuhi keperluan gaya hidup mereka

Golongan Gen X masa kini mempunyai tabiat penglihatan yang berbeza terutamanya dengan kehidupan yang serba digital sekarang. Mereka perlu sentiasa mengalih penglihatan jarak dekat untuk menatap paparan telefon pintar, komputer riba, tablet, bahan bercetak dan juga kaca televisyen.

Advertisements

Satu-satunya perkara yang boleh menghalang gaya hidup aktif mereka itu ialah daya penglihatan yang semakin lemah. Golongan Gen X masa kini adalah golongan yang produktif, berupaya melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa, sentiasa sibuk dan menginginkan kehidupan yang sempurna tanpa sebarang halangan terutama sekali dari segi kualiti penglihatan mereka.

Menyedari hakikat berkenaan, Essilor Malaysia telah melancarkan inovasinya yang terkini, Varilux® X series TM , lensa progresif premium terbaharu yang direka bagi mencipta semula penglihatan jarak dekat dan menyediakan penyelesaian berkesan terhadap penglihatan jarak dekat.

Menurut Pengurus Perkhidmatan Profesional dan Pembangunan Perniagaan Essilor, Soh Wei Zhi, dengan lensa progresif Varilux® X series TM , pengguna yang mengalami presbiopia kini boleh mengalih pandangan antara skrin dengan selesa dan melihat objek pada jarak dekat dengan jelas, meningkatkan ketajaman penglihatan mereka sehingga 100%, dari segi keluasan dan jarak.

“Mereka akan sentiasa menikmati penglihatan yang tajam serta senang melihat objek pada jarak yang dekat hingga jauh, tanpa perlu membetulkan kedudukan tangan atau kepala bagi melihat sesuatu objek itu jelas. Kami telah menemui penyelesaian bagi masalah mereka yang mengalami komplikasi presbiopia.”

Varilux® X series TM telah direka dengan Xtend™, sebuah teknologi maju yang terkini. Dengan memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya penglihatan jarak dekat, teknologi berkenaan dapat memenuhi sehingga 75% keperluan penglihatan pemakainya.

Peningkatan ketara pada purata 59% jika dibandingkan dengan lensa progresif premium yang lain. Ia berjaya mengatasi masalah atau had keupayaan lensa progresif yang lain iaitu keperluan untuk membetulkan kedudukan kepala atau tangan bagi melihat objek-objek pada jarak yang berbeza dengan jelas dan tajam.

Tambahan pula, pengguna Varilux® X series TM boleh membuat pengubahsuaian berdasarkan penglihatan peribadi masing-masing melalui Near Vision Behaviour (NVB), sebuah perkakasan baharu yang disediakan di kedai optik bagi mendapatkan ukuran unik setiap pelanggan.

NVB merupakan sebuah langkah baharu serta mudah yang mengambil kira tingkah laku serta postur pemakai ketika melakukan aktiviti utama dan biasa pada jarak dekat, agar ruang penglihatan mereka dapat ditentukan dan dibentuk mengikut kedudukan dan keperluan mereka.

Proses pengubahsuaian pertama berdasarkan keperluan peribadi ini akan memberi ukuran serta maklumat penting yang diperlukan untuk mengatasi masalah penglihatan jarak dekat pemakai.

“Menerusi kejayaan teknologi baharu ini, mereka yang mengalami presbiopia kini menikmati penglihatan jarak dekat yang lebih jelas dan kami mahu mereka melihat semua benda yang penting dalam hidup menerusi lensa yang terbaik iaitu Varilux® X series TM . Kami mahu mereka yang mengalami presbiopia sedar bahawa faktor usia dan tahap penglihatan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk meneruskan gaya hidup mereka. Mereka boleh melihat dengan baik tanpa mengira usia,” tambah Soh Wei Zhi.

Varilux® X series TM boleh didapati di kedai-kedai optikal utama di seluruh Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Varilux® dan Varilux® X series TM terkini, sila layari laman sesawang rasmi Essilor Malaysia di www.essilor.com.my.

comments

FOLLOW US ON:
Who Runs The World G
Biasiswa RM200,000 U

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja