Tuesday, Aug 21, 2018
HomeTerkiniTun Dr Mahathir Kini Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Tun Dr Mahathir Kini Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Mengulangi sejarah apabila kembali dipilih sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

Setelah Pakatan Harapan (PH) menang majoriti kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.50 malam ini.

Advertisements

Sultan Muhammad V memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tun M dikurniakan surat cara perlantikan oleh Sultan Muhammad V, sebelum mengangkat sumpah jawatan dan setia serta menyimpan rahsia.

Pengerusi Pakatan Harapan berusia 92 tahun itu mengulangi sejarah apabila kembali dipilih sebagai Perdana Menteri buat kali ke-2. Sebelum ini, Tun M adalah  Perdana Menteri ke-4 dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober, 2003.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Beliau yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Tun M memperoleh 18,954 undi mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) memperoleh 5,512 undi.

Tahniah Tun M.

comments

FOLLOW US ON:
Biasiswa RM200,000 U
Semarakkan Ramadan D

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja