Saturday, Jul 20, 2019
HomeKeluargaTolak-ansur Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga

Tolak-ansur Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga

WALAUPUN telah hidup bertahun bersama pasangan, namun kadangkala ‘muncul’ perkara baharu yang anda tidak tahu dan sukar untuk bertolak-ansur hingga hubungan menjadi renggang. Lebih teruk lagi, menjadi dingin. Ingat, bersikap keras kepala dan ego tidak akan menyelesaikan masalah.

Advertisements

Sikap mahu bertolak-ansur amat penting dalam semua jenis hubungan terutama pasangan suami isteri. Sikap ini banyak membantu melerai perbezaan dan ketegangan.

Panduan berikut mungkin dapat membantu anda bersikap saling bertolak ansur dengan pasangan;

• Jika anda ada melakukan kesalahan, segera beritahu pasangan. Jangan takut untuk meminta maaf dan memperbaiki kesalahan itu.

• Ingat, anda hanya boleh meminta maaf, tetapi tidak boleh memaksa orang memaafkan anda. Jadi, anda harus memaafkan diri sendiri.

• Belajarlah mengatasi emosi tanpa menyalahkan pasangan. Bertanggungjawab sepenuhnya apabila timbul rasa tidak selesa, membela diri ataupun ketika keperluan emosi anda tidak dipenuhi.

• Kawal emosi anda terutama ketika marah. Apabila anda dapat melakukan hal ini, anda mampu membantu pasangan.

• Daripada pening memikirkan apa yang harus orang lain lakukan untuk anda. Lebih baik bertanyakan kepada diri sendiri, “Apa yang harus saya lakukan supaya berasa lebih baik?”

• Beritahu pasangan keinginan anda dengan jelas. Jika tidak, pasangan akan berasa terpaksa bertanggungjawab dan tertekan dengan keperluan anda.

• Bertanggungjawablah kepada diri sendiri daripada mengharapkan pasangan membuat anda bahagia dan gembira.

comments

Asam Rebus Perut Lem
"Mama Ni Cerewetlah!

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja