Wednesday, Mar 27, 2019
HomeFesyenTip Pilih Coli Agar Payudara Tidak Sakit

Tip Pilih Coli Agar Payudara Tidak Sakit

Coli atau bra bukan hanya pakaian dalam bagi wanita. Tujuan utamanya untuk menyokong dan melindungi payudara.  Coli haruslah benar-benar sesuai (tepat) ukurannya agar tidak menyebabkan masalah lain pada tubuh anda. Salah pilih coli boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit pada tubuh khususnya payudara.

Advertisements
Foto: jeanhailes.org.au

Coli tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar. Jika terlalu longgar, menyebabkan payudara tidak dapat disangga dengan baik dan ini boleh mempengaruhi ukuran serta bentuk payudara itu sendiri. Manakala apabila terlalu ketat, akan menyebabkan sakit pada bahagian dada serta belakang badan.

Selain itu, salah pilih coli juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada payudara. Ini biasanya sering dialami mereka memakai coli terlalu ketat. Coli yang tepat bukan bermakna terlalu ketat, ya. Pastikan kulit dan payudaramu masih boleh bernafas.

Rasa tidak selesa pada bahagian belakang badan juga seringkali dialami mereka yang salah pilih coli. Rasa nyeri ini kerap datang terutama pada waktu malam hari atau ketika cuaca sejuk.

Foto: seabreezeclothing.com

Jadi, agar bentuk payudara selalu tegang, anjal dan cantik, pastikan anda memilih coli berukuran sesuai agar dapat menyangga payudara dengan selesa. Ketika memilih ukuran coli, pastikan tepat antara lingkaran dada serta bentuk payudara.

Tanda salah pilih coli, apabila anda angkat kedua-dua belah tangan mangkuk coli terkeluar dari kawasan. Jadi, pastikan anda mencuba bra dahulu sebelum membelinya. Salah pilih coli, payudara anda ‘terseksa’!

Foto utama: aboutanosplasticsurgery.com

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
5 Cara Elak Anak Tan
5 Cara Sepatu Lama N

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja