Tuesday, Aug 21, 2018
HomeHiburan/SelebritiTerpalit Kontroversi Drama Nur Tetap Trending

Terpalit Kontroversi Drama Nur Tetap Trending

Walaupun pelakon utamanya, Syafiq Kyle terpalit kontroversi mengaibkan, tetapi tidak menjejaskan minat penonton pada drama Nur.

Drama bersiri mengisi slot Samarinda TV3 lakonan Syafiq dan Amyra Rosli berjudul Nur yang mula ditayangkan sejak 14 Mei lalu terus mendapat sambutan baik daripada penonton, sekali gus trending setiap kali bersiaran di kaca TV.

Menerus drama itu, Syafiq memegang watak selaku Ustaz Adam. Barangkali, watak berkenaan banyak mempengaruhi penonton membuatkan mereka tidak ambil pusing, malah melonjakkan lagi jumlah penonton drama itu.

Advertisements

Kadang kala, kontroversi boleh membantu mempromosikan drama. Mungkin!

Nur, mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, diabakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah.

Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah (Noorkhiriah) yang menjadi pengurusnya.

Dengan bantuan Aisyah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya.

Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Bagaimanapun, dia selalu menerima soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” daripada seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberi soalan sukar kepadanya adalah Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang ingin mendekatkan diri dengan agama Allah SWT.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka jatuh cinta. Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat.

Selain Syafiq dan Amyra, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini turut dijayakan Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Azhan Rani, Elmy Moin, Kuna Muzani, Raja Muhd Atiqullah, Riena Diana, Mathni Razak serta Jijie Zainal.

comments

FOLLOW US ON:
Anak Lan Solo Selama
Selamat Jalan Srikan

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja