Saturday, Sep 26, 2020
HomeSelebritiTerima Mesej Peribadi Keterlaluan Rita Rudaini Berang

Terima Mesej Peribadi Keterlaluan Rita Rudaini Berang

Terima Mesej Peribadi Keterlaluan Rita Rudaini Berang

Kata orang, sarang tebuan jangan berani usik. Kalau buat juga menanggunglah akibatnya.

Advertisements

Sepanjang mengenali pelakon cantik, Rita Rudaini, jarang sangat Miss Pink tengok dia meletup tak tentu fasal di media sosial.

Apabila dia membidas komen atau mesej peribadi, bermakna mesti sudah sampai tahap dia tak boleh berdiam diri lagi.

Pelakon berusia 42 ni berang apabila menerima mesej peribadi di laman sosial Instagram yang mempertikaikan pemilihannya sebagai pengacara di sebuah program televisyen.

Kata Rita, dia terpanggil untuk membalas mesej peribadi itu kerana berasa keterlaluan dan menghina punca rezekinya. Tak pasti apa motif penulis mesej itu, tetapi bunyinya macam ‘sesuatu’.

View this post on Instagram

Arini sis rasa terpanggil utk reply DM…byk gak DM tp 1 DM ni sis rasa nk reply…🙃 org mcm ni sis mmg xpaham…aku xkenal ko n ko xpernah jumpa aku…tp ko sakit hati sgt dgn aku apahal bro? Aku xde niat nk ckp kasar dgn ko n perli rezeki ko tp aku kena ckp jugk dgn org mcm ko ni…org mcm ko ni xsesuai ckp baik2…elok reply sama mcm perangai ko…hmmmmm dah lama sis sabar je dgn manusia2 berhati busuk kt luar sana…tp yg ni sis xsuka lah bila pertikai rezeki yg sis cari utk ank2..so keji ke jd pengacara bro?? Hina sgt ke pengacara? Salah ke aku tua??? Mak bpk ko x tua?? Ko xkn tua?? Ko susah hati sgt kt keja aku apahal???!! …..sori laaa sis benci n meluat dgn manusia2 mcm ni….skrg ni ramai sgt manusia hati busuk..ko mkn apa ek sampai hati jd hitam sgt nk dengki dgn hidup org yg ko xpernah kenal pon? Ko mentedarah apa ek smpi jadi mcm tu? Mak bpk ko mesti suap benda2 yg baik2 je dlm mulut ko masa kecik dulu..tp bila besar tah apa ko mentedarah smpi jd bangang mcm ni…mmmm istifar byk2 sissss 😰😰 ….. @mr_shark_gtr_lover p minum racun rumput + clorox bersihkn hati yg hitam tu…aku xkenal ko n ko pon xkenal aku…xrugi jd baik bro…xsusah pon jd baik bro…🙃 aku tag ko sbb aku nk bg pengajaran kt org lain jugak..jgn busuk ati kt manusia lain….rezeki ALLAH da bg elok dah kt masing2….

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“Aku tak ada niat nak cakap kasar dengan kau dan perli rezeki kau, tapi aku kena cakap jugak dengan orang macam kau ni.

“Sudah lama Sis sabar dengan manusia berhati busuk kat luar sana,  tapi yang ni Sis tak suka bila pertikai rezeki yang Sis cari untuk anak-anak.

“Keji ke jadi pengacara? Hina sangat ke pengacara? Salah ke aku tua?” tulis Rita di Instagram hari ni (Selasa).

Ibu kepada dua orang anak ni salah seorang pengacara program membeli-belah Wow Shop pada setiap Ahad di TV9 bermula awal Januari lalu.

Mesej ‘mr_shark_gtr_lover’ memang sengaja mengundang kemarahan orang. Miss Pink pun tak faham dengan sikap segelintir netizen sekarang, menulis main sedap jari saja.

Apabila menulis komen atau mesej tu, tak fikir kesan kepada orang lain. Hah…’Kan dah mendapat, tak fasal-fasal viral. Lain kali, fikir dulu sebelum buat apa-apa ye.  Artis pun manusia, ada hati dan perasaan.

Miss Pink: Jadilah pengguna media sosial yang beradap.

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
5 Sebab Mengapa Pok
Lacie DJI Copilot -

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja