Tuesday, Oct 23, 2018
HomeSelebritiTalak 1 Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 Ude Untuk Intan

Talak 1 Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 Ude Untuk Intan

Talak 1 Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 Ude Untuk Intan

Akhirnya, terlerai ikatan cinta dan janji yang dipateri lima tahun lalu, apabila hari ini Ude Wahid dan Intan Liana Saleh sah bercerai talak satu.

Advertisements

Penceraian terbabit sekali gus bagaikan menjadi ‘hadiah’ ulang tahun perkahwinan mereka yang kebetulan masuk tahun kelima pada 1 Mac 2018.

Ude Lafaz Talak Satu Pagi Tadi

Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, melafazkan talak satu kepada isteri pertamanya Intan Liana, 33, jam 9.50 pagi di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin pagi tadi.

Terdahulu,  Ude yang juga suami kepada pelakon Izreen Azminda itu memfailkan permohonan cerai pada Januari 2018 mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ude diwakili Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain manakala Intan Liana diwakili peguam Suriany Awaludin.

Luahan hati Intan di Instagramnya @__iiiintan.saleh
Tulis Intan merujuk penceraiannya hari ini di Instagramnya @__iiiintan.saleh

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniai dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan berita itu dirahsiakan atas permintaan suaminya.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera, Muhammad Riza.

 

 

 

comments

7 Tip Ini Bantu Anda
5 Tips Ini Bantu And

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja