Thursday, Nov 21, 2019
HomePesonaSusu Badam Bagus Untuk Tubuh Dan Cantikkan Kulit Muka

Susu Badam Bagus Untuk Tubuh Dan Cantikkan Kulit Muka

Pernah minum susu badam? Bagi yang mengamalkannya, pasti tahu rahsia disebalik kesedapan susu ini. Ya, susu badam (Almond Milk) menyimpan banyak manfaat kerana kaya akan zat dan nutrisi yang baik untuk tubuh. Menurut pakar pemakanan dan Nutrisi di Cleveland Clinic’s Wellness Institute, Kristin Kirkpatrick, susu badam mempunyai 50% kandungan lemak lebih rendah berbanding susu lembu.

Advertisements

Selain tidak mengandungi kolesterol, susu yang bersumber daripada tumbuh-tumbuhan ini selamat dikonsumsi pengamal vegetarian. Bahkan, wanita yang sedang diet pun akan berasa lebih selamat minum susu ini tanpa risau badan akan gemuk.

Dari segi kesihatan tubuh, rutin minum susu badam ini dapat menjaga kesihatan jantung, membantu menurunkan berat badan, mengurangi risiko diabetes, juga selamat dikonsumsi individu yang menghidap intoleransi laktosa. Selain kaya manfaat untuk kesihatan, susu badam baik untuk merawat kulit wajah. Kandungan vitamin E yang tersimpan di dalamnya, menjadikan susu ini berkesan dalam menutrisi sekali gus merawat kulit.

Jadi, bagi anda yang gemar minuman sihat ini, memang beruntung! Sebabnya, selain kesihatan tubuh lebih terjaga, anda juga akan menikmati manfaat kecantikan berikut ini;-

Penggantian kulit lebih cepat sekali gus mencegah penuaan

Kandungan vitamin E yang tinggi dalam susu badam dapat mencukupi keperluann nutrisi kulit. Lebih baik lagi, kandungan vitamin yang kaya anti-oksidan ini juga dapat melawan kesan buruk radikal bebas. Minyak yang ada di dalam vitamin E juga dapat mendorong produksi kolagen yang mana akan membuat kulit tetap kenyal. Selain itu, dengan mengamalkan susu ibi secara rutin atau menjadikannya sebagai bahan pupur wajah, proses penggantian kulit juga menjadi lebih cepat.

Melambatkan terbentuknya sel kulit mati

Susu badam mengandungi flavonoids, catechin, dan epicatechin yang bertugas untuk membantu mencegah terbentuknya sel kulit mati terus tumbuh dan menumpuk di lapisan teratas kulit. Jika mengamalkannya secara rutin, pertumbuhan sel kulit mati akan semakin melambat yang mana akan memberi kesan cerah pada kulit wajah.

Mengawal produksi minyak berlebihan

Beberapa masalah kulit seperti jerawat dan bintik hitam (atau putih), umumnya terjadi kerana produksi minyak berlebihan yang menyebabkan berlaku penyumbatan pori akibat kotoran dan debu. Dengan mengamalkan minum susu badam secara rutin, produksi minyak di wajah juga dapat lebih dikawal.

Pelembap semula jadi

Susu badam juga boleh dijadikan sebagai bahan asas penjagaan kulit.  Untuk melembapkan kulit, rendam kapas muka ke dalam bekas berisi susu badam. Apabila kapas terendam sepenuhnya, perah sehingga kering. Selepas itu, tampal atau sapukan kapas pada kulit wajah 5-10 minit hingga susu terserap sempurna pada kulit. Jika dilakukan secara rutin, kulit akan berasa lebih lembap hasil kandungan riboflavin yang membantu meningkatkan produksi niacinamide pada kulit.

Mengatasi sunburn

Suka bercuti ke pantai? Atau, mungkin anda selalu terlupa menggunakan tabir surya saat melakukan aktiviti di luar rumah? Kegiatan outdoor memang sangat memungkinkan anda mengalami sunburn akibat terlalu terdedah pancaran matahari. Jika masalah ini terjadi, anda boleh meredakannya dengan cara mengoles susu badam pada kulit yang terbakar secara rutin selepas mandi. Kandungan vitamin E yang dimiliki susu ini memang terkenal dapat membantu masalah kerosakan kulit yang terbakar.

*  Selain diminum, ada segelintir wanita gemar menggunakan susu badam sebagai bahan utama untuk merawat kulit tubuh khususnya ketika mandi. Kesannya, kulit menjadi lebih lembut, lembap dan anjal. Cubalah.

Foto: nutriliving.com

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
7 Rahsia Ini Bantu C
Nak Kurus? Jom, Maka

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja