Wednesday, Apr 25, 2018
HomeSeni DekoSuasana Rumah Suram? Ini 5 Tip ceriakan ruang kediaman

Suasana Rumah Suram? Ini 5 Tip ceriakan ruang kediaman

WARNA yang melatari ruang, mahupun aksesori yang menceriakan suasana mampu membangkitkan keharmonian kediaman. Justeru, penataan dan pemilihannya harus seimbang serta memberi kesan menenangkan kepada penghuni. Berikut tip menceriakan ruang kediaman.

Advertisements
  1. Bagi memberikan kesan unik dan berbeza, pilih warna yang jarang digunakan di ruang tamu, seperti merah jambu lembu, hijau limau atau kuning pekat.
  2. Jika anda kreatif atau ada bajet lebih bolehlah upah pelukis mural pada dinding tumpu kediaman anda. Gunakan warna primer untuk mencipta hiasan dalaman yang berbeza. Scones berwarna dan hamparan ceria antara idea yang boleh digunakan.
  3. Aksesori seperti lukisan atau jam dinding  juga boleh diletakkan di dalam bilik air dan dapur. Pilih aksesori unik dan berwarna yang mampu memukau siapa sahaja.
  4. Ciptakan kelainan dengan menambah garisan belang pada warna dinding, kesannya pasti berbeza daripada satu warna biasa. Gunakan kombinasi warna ceria dan serasi.
  5. Suntikan rona terang dan segar di ruang dapur anda pasti membangkitkan selera sekali gus menceriakan suasana kerja memasak. Boleh pilih merah, kuning atau oren untuk mencipta kelainan.

Pemilihan warna yang jarang digunakan menyuntik kesan kelainan tersendiri. Gambar hiasan.

 

comments

FOLLOW US ON:
Pokok kurma berbuah
"Wow...Hebatlah Saya

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja