Monday, Oct 21, 2019
HomeSeni DekoSuasana Rumah Suram? Cuba 5 Tip Ini Untuk Tambah Seri Ruang Kediaman Anda

Suasana Rumah Suram? Cuba 5 Tip Ini Untuk Tambah Seri Ruang Kediaman Anda

Warna yang melatari ruang, mahupun perhiasan yang menceriakan suasana mampu membangkitkan keharmonian kediaman. Justeru, penataan dan pemilihannya harus seimbang serta memberi kesan menenangkan kepada penghuni.

Advertisements

Kami kongsikan lima tip untuk memberi keceriaan dan seri ruang kediamann anda.

  • Bagi memberikan kesan unik dan berbeza, pilih warna yang jarang digunakan di ruang tamu, seperti merah jambu lembu, hijau limau atau kuning pekat.
  • Jika anda kreatif atau ada bajet lebih bolehlah upah pelukis mural pada dinding tumpu kediaman anda. Gunakan warna primer untuk mencipta hiasan dalaman yang berbeza. Scones berwarna dan hamparan ceria antara idea yang boleh digunakan.
  • Aksesori seperti lukisan atau jam dinding  juga boleh diletakkan di dalam bilik air dan dapur. Pilih aksesori unik dan berwarna yang mampu memukau siapa sahaja.
  • Ciptakan kelainan dengan menambah garisan belang pada warna dinding, kesannya pasti berbeza daripada satu warna biasa. Gunakan kombinasi warna ceria dan serasi.
  • Suntikan rona terang dan segar di ruang dapur anda pasti membangkitkan selera sekali gus menceriakan suasana kerja memasak. Boleh pilih merah, kuning atau oren untuk mencipta kelainan.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Opps... Jangan Tua S
7 Rahsia Bedak Asas

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja