Tuesday, Dec 11, 2018
HomeTVSiti Saleha Sertai Siri Extreme Ends Di Hong Kong 

Siti Saleha Sertai Siri Extreme Ends Di Hong Kong 

Ikuti Pengembaraan Saleha dan Suaminya, Fi dalam Siri Realiti Terbaharu KIX di Kota Hong Kong yang Menakjubkan

Pelakon dan model Malaysia terkenal, Siti Saleha, tiba di Hong Kong baru-baru ini untuk menjalani rakaman Extreme Ends. Siri realiti terbitan saluran televisyen hiburan aksi KIX HD (Saluran Astro 729) ini akan memaparkan sisi bertentangan “ekstrem” Hong Kong yang jarang dipaparkan.

Advertisements

Pelakon terkenal, Siti Saleha akan tampil siri realiti terbitan saluran televisyen hiburan aksi KIX HD (Saluran Astro 729), Extreme End. Siri ini akan memaparkan sisi bertentangan “ekstrem” Hong Kong yang jarang dipaparkan.

Pelakon Wanita Telenovela Terbaik di Anugerah Telenovela 2018 ini menjadi salah seorang daripada empat selebriti Asia Tenggara yang akan ditampilkan dalam siri realiti empat episod ini.

Saleha Teruja

Bersama suaminya, Ahmad Lutfi Azhar (Fi), mereka bakal mengembara dan mencipta pengalaman baharu sebagai suami isteri. Pasangan ini yang telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Julai 2017, baharu menyambut ulang tahun pertama mereka di luar negara, kini teruja untuk menjalani percutian di Hong Kong.

“Saya teruja untuk memulakan rancangan Extreme Ends bersama KIX kerana belum pernah membintangi rancangan aksi dan pengembaraan atau siri realiti sebelum ini. Ini juga pengalaman pertama saya di Hong Kong, saya berharap peminat saya akan terhibur menyaksikan saya melakukan pelbagai aktiviti baharu dan menarik di sana.

“Lebih menyeronokkan apabila suami saya Fi akan turut serta. Sepanjang perkenalan kami, Fi sering memberi galakan dan mencabar diri saya untuk menerokai pengalaman baharu. Jadi, dia teman paling sesuai untuk menerokai tempat baharu di sana!” kata Saleha.

Tampilkan empat selebriti bersama tetamu istimewa

Extreme Ends adalah sebuah rancangan realiti yang menampilkan empat selebriti bersama tetamu istimewa mereka dalam pengembaraan di pelbagai tempat menarik di Hong Kong. Siri terbitan asal bercorak santai ini akan mempertontonkan pengalaman percutian selebriti dan tetamu mereka.

Selain itu peminat juga akan dapat menyaksikan wajah Hong Kong yang tidak pernah dipaparkan. Setiap episod akan menggambarkan tema bertentangan yang ekstrem seperti “pantas berbanding lambat” atau “tinggi berbanding rendah”. Tema-tema ini akan mempamerkan perbezaan ketara yang sangat menarik dan ciri khas Hong Kong.

Extreme Ends diterbitkan syarikat induk KIX iaitu Celestial Tiger Entertainment, pengendali persendirian saluran pan Asia terbesar yang diterbitkan khusus untuk hiburan Asia. Rancangan ini disokong  Hong Kong Tourism Board dan Harbour City.

Extreme Ends akan disiarkan secara eksklusif di KIX HD (Saluran Astro 729) pada bulan Oktober. KIX HD adalah saluran GE Bahasa Inggeris.

comments

FOLLOW US ON:
Ini Sebabnya Mengapa
Inovasi Terkini Rawa

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja