Tuesday, Nov 20, 2018
HomePersonalitiSelamat Jalan Srikandi Berhati Emas

Selamat Jalan Srikandi Berhati Emas

Dalam satu temubual mengenai keadaan di Gaza, seorang jururawat warga Palestin, Razan al-Najjar, 21 tahun, pernah mengungkapkan, “Saya mahu teruskan hingga hari terakhir.”

Advertisements

Nyata, kata-kata itu ‘terbukti’ sekali gus hasratnya untuk ‘gugur’ sebagai ‘syahidah’ dimakbulkan apabila dia peluru penembak hendap rejim Zionis menembusi dadanya ketika memberi bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a, bandar Khan Younis di selatan Gaza, Jumaat lalu.

Menerusi satu temubual bersama Agensi Anadolu Turki, dua hari selepas berlaku tunjuk perasaan Perarakan Pulang Besar-besaran, srikandi berhati emas ini dilaporkan ada berkata, tugasnya sebagai sukarelawan bukanlah mudah.

“Baju seragam saya sudah menjadi merah dengan darah mangsa yang tidak berdosa, dan saya bangga menyarungnya.

“Saya sedar, tugas seperti ini bukan mudah bagi seorang wanita muda, tetapi saya bertekad untuk melakukannya. Saya mahu terus membantu mangsa yang cedera dan memerlukan,” kata Razan kepada agensi berita itu.

Razan juga pernah menjadi anggota sukarelawan badan kemanusiaan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) yang berkhidmat di Gaza untuk mengagihkan makanan kepada  pelarian sepanjang Ramadan tahun lalu.

Ketua Hospital Sahra di daerah itu, Dr Salah er-Rantisi memberitahu Agensi Anadolu, Razan dibawa ke hospital dengan kecederaan parah.

Apabila mendengar berita kematiannya itu, puluhan warga Palestin bergegas ke Hospital Eropah Gaza, di mana jenazahnya diletakkan.

Agensi Anadolu melaporkan, ahli keluarga Razan, teman dan rakan kerjanya menangis. Malah, beberapa orang pengsan apabila melihat jenazahnya.

Sebelum itu, Razan dilaporkan sedang berusaha membantu mangsa yang cedera dalam jarak 100 meter dari kawasan sempadan.

Tunjuk perasaan yang bermula lewat Mac itu berlangsung di Semenanjung Gaza dan tempat lain di Palestin bagi menunjukkan keazaman dan hak mereka untuk kembali ke kampung halaman yang mereka tinggalkan selepas dihalau keluar tentera Israel pada tahun 1948.

Bantahan daripada rakyat Palestin yang tidak bersenjata itu mendapat tentangan ganas daripada pasukan keselamatan Israel. Mereka menggunakan peluru hidup, gas pemedih mata, peluru bersalut getah yang mengorbankan lebih 120 warga Palestin dan 1,400 cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sumber -berita.mediacorp/Agensi berita/na

comments

Terpalit Kontroversi
Tommy Thomas Dilanti

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja