Tuesday, Nov 20, 2018
HomeGajetSamsung Galaxy S9 & Galaxy S9+ Mac Ini Di Malaysia

Samsung Galaxy S9 & Galaxy S9+ Mac Ini Di Malaysia

Samsung Galaxy S9 & Galaxy S9+ akan tiba Mac ini

Nantikan kemunculan Samsung Galaxy S9 pada 16 Mac ini.

Galaxy S9 dan S9+ telah di lancarkan di Barcelona dan akan rasminya akan berada di pasaran pada 16 Mac 2018. Samsung memang bergerak pantas untuk mendapatkan Galaxy S9 dan S9 + ke tangan pelanggan Malaysia.

Advertisements

Syarikat itu juga mengesahkan bahawa ia akan menjalankan kempen pra-pesanan yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Mac ini.

Menurut Yoon Soo Kim, Presiden & Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Samsung Galaxy S9 baru dan S9 + akan berada di pasaran pada harga runcit seperti berikut:

Galaxy S9 64GB: RM 3299

Galaxy S9+ 64GB: RM 3799

Galaxy S9+ 128GB: RM 3999

Galaxy S9+ 256GB: RM 4399

Keistimewaan Samsung S9

Ini adalah kali pertama Samsung memperkenalkan pilihan storan berbeza untuk telefon pintarnya. Telefon pintar S9 mempunyai slot kad microSD dan penyimpanan UFS 2.1.

Menggunakan slogan “The Phone. Reimagined”, apa yang menarik mengenai produk terbaharu Samsung itu, ia masih seakan-akan sama seperti Galaxy S8, namun terdapat ciri-ciri yang menjadikannya lebih ke hadapan.

Sebagai contoh, ia bakal menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan kamera dwi-apertur (F1.5 dan F2.4). Selain turut dilengkapi dengan ‘enhanced biometrics iaitu kombinasi pengenalan wajah serta sensor iris bagi membolehkan pengguna membuka kunci telefon lebih pantas dan selamat, selain pengekalan sensor cap jari di bahagian belakang.

Dalam video itu, S9 dan S9 Plus juga bakal menonjolkan ciri-ciri kalis air, gabungan pasangan aplikasi screen, dan juga sistem terjemahan secara langsung melalui aplikasi kamera, yang dikatakan seakan-akan Google Translate.

Tiga daripada empat warna akan disediakan untuk kedua-dua model: Midnight Black, Coral Blue, dan Purple Purple. Pelanggan prapesan juga akan menerima speaker Harman Kardon Onyx.

Bersempena pelancaran kedua-dua peranti itu, Samsung juga bakal melancarkan program tukar ganti untuk menggalakkan pengguna menaik taraf ke Galaxy S9 dan Galaxy S9 +.

Kami diberitahu, program ini akan berlangsung di Samsung Experience Stores, bahkan akan menerima telefon dari jenama lain selain Samsung juga.

Keterangan lanjut produk, boleh layari www.samsung.com.my

comments

FOLLOW US ON:
Tiada Lagi Pesona Sr
Istana The Cinderell

bilikgelap7@yahoo.com.my

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja