Thursday, Sep 24, 2020
HomeInspirasi DapurSambal Mangga Muda Ikan Rebus

Sambal Mangga Muda Ikan Rebus

Sambal Mangga Muda Ikan Rebus

Cara-cara membuat Sambal Mangga Muda Ikan Rebus

Buah Mangga muda, selain dijeruk atau makan bersama kuah rojak, juga enak dibuat sambal. Hari ini, kami kongsikan cara mudah membuat Sambal Mangga Muda bersama isi ikan rebus. Memang sedap disajikan bersama nasi panas, ikan goreng, kari atau sayur bening. Selamat mencuba.

Advertisements

Bahan-bahannya:

2 biji Mangga muda, disagat halus

4 ekor ikan Sardin, direbus bersama sedikit garam dan asam gelugor

5 tangkai cili padi, dihiris serong atau ditumbuk kasar

Garam dan gula secukup rasa

Air perahan limau nipis/lemon

Cara membuatnya:

1. Di dalam mangkuk, campurkan mangga muda, isi ikan rebus, cili padi, garam dan gula secukup rasa. Jangan lupa masukkan air perahan limau nipis atau lemon secukupnya. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui emel mediawriter1@gmail.com.-Editor

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Hanis Zalikha Dan Yu
5 Sebab Mengapa Pok

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja