Friday, Aug 7, 2020
HomeDi PasaranSambal Bilis Mangga Cita Rasa Baharu Menambat Selera

Sambal Bilis Mangga Cita Rasa Baharu Menambat Selera

Pertama kali mendengar nama produk ini, kecur liur dibuatnya. Maklumlah, saya memang peminat Sambal Ikan Bilis dan buah Mangga. Gabungannya sebagai bahan utama dalam sambal ini pasti bukan sahaja mengujakan saya, malah penggemar bercitarasa sama.

Advertisements

Lebih menarik, sambal ini adalah produk siap untuk dimakan (ready to eat food), mudah untuk disediakan tanpa perlu dipanaskan dan sihat kerana tidak menggunakan bahan pengawet, selain sesuai dimakan semua golongan masyarakat.

Rasanya yang pedas, manis dan berserat cukup menambat selera. Sedap dimakan bersama nasi, bubur, roti, biskut atau penambah rasa dalam bihun, mi dan lain-lain.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan kerana bahan yang digunakan berkualiti tinggi dan segar. Dijual pada harga RM18 sebotol (tidak termasuk kos penghantaran), sambal ini sangat sesuai untuk semua golongan termasuk suri rumah, pelajar, golongan professional dan pengembara.

Suri rumah misalnya, boleh menggunakan sambal sebagai penyedap rasa masakan, pelajar yang tinggal di asrama pula boleh membawa bekalan sambal, golongan professional yang selalu sibuk  dan tidak sempat memasak boleh menyimpan stok sambal di rumah, manakala penggembara boleh membawa sambal ini ketika melancong atau bekerja di dalam dan luar negara.

Dihasilkan daripada resipi turun-temurun keluarga menggunakan bahan asas segar berkualiti seperti mangga, cili, ikan dan bilis, Sambal Bilis Mangga ini diproses secara manual dan mampu menghasilkan sebanyak 50-100 botol sehari.

Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan yang dijangka semakin meningkat, syarikat pengeluarnya, Sucasa Marketing sedang dalam proses mendapatkan bantuan daripada agensi berkaitan dari segi penyediaan premis/kilang yang lengkap dengan mesin dan peralatan (Original Equipment Manufacturing) atau pemberian peralatan tambahan bagi membantu menambah kuantiti pengeluaran harian untuk menampung jumlah tempahan yang semakin meningkat.

9 sebab mengapa anda perlu beli produk ini;-

•       Inovasi – Rasa terbaru produk sambal dipasaran dengan gabungan buah mangga berkualiti tinggi, pertama seumpanya

•       Sedap – dengan rasa mangga tempatan Perlis

•       Versatil – Mudah disuaipadan dengan pelbagai makanan, sebagai bahan penyedap rasa

•       Berkualiti – Penggunaan bahan tempatan yang sangat berkualiti

•       Sihat – Tanpa sebarang bahan pengawet

•       Siap dimakan – Sesuai untuk semua keadaan, suri rumah, pengembara

•       Mudah – Dibawa ke mana-mana

•       Selamat dan bersih – Produk syarikat Bumiputera tempatan, proses penghasilannya terpelihara, halal dan patut shariah

•       Cita rasa tempatan – Pasti menambat selera semua lapisan masyarakat

Sambal Bilis Mangga ini boleh dibeli;

  • Melalui pos ke seluruh Malaysia atau
  • Melalui COD/bayaran tunai (buat masa sekarang COD hanya terdapat di Perlis dan Pulau Pinang).

Agen/dropship yang berminat untuk memasarkan produk ini, dialu-alukan untuk bekerjasama.  Pada masa sama, usaha sedang dilakukan untuk memasarkan produk sambal di pusat jualan tempatan seperti agromart, halal mart dan lain-lain. Ini untuk memastikan Sambal Bilis Mangga dapat dinikmati di seluruh Malaysia, seterusnya menembusi pasaran Singapura, Thailand dan Indonesia.

 

Duta produk

Walaupun masih baharu, produk ini telah mempunyai jurucakap (duta) khasnya iaitu Chef selebriti, Azli Razali.  Berpengalaman mengendalikan program masakan, menulis buku resipi, menyumbangkan resipi di media serta berkerjaya sebagai ahli akademik dalam bidang kulinari, Chef Azli diberi kepercayaan untuk mencipta idea resipi terkini, kreatif, mudah dan sedap menggunakan Sambal Bili Mangga sebagai penambah juga penyedap rasa. Selain dapat meningkatkan standard jenama produk ini serta menambah hasil jualan kepada masyarakat luar.

 

Berita baik buat anda yang ingin mencuba keenakan Sambal Bilis Mangga ini, jangan lepaskan peluang membeli pada harga promosi RM50 untuk tiga botol (tidak termasuk kos penghantaran) hingga 15 Ogos 2018.

Maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi terus ke talian;

+60194789548 (whatsapp/call)

+60 11 5766 2035 (sms/call)

Facebook: Sambal Bilis Mangga

comments

FOLLOW US ON:
6 Rahsia Cipta ilusi
Pasangan Anda Curang

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja