Saturday, Sep 26, 2020
HomeTVSaksikan Who Runs The World With Mong Chin di LIFETIME Asia

Saksikan Who Runs The World With Mong Chin di LIFETIME Asia

Lapan  minggu mengembara ke  negara di Asia Tenggara: Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Penonton saluran A+E Networks iaitu LIFETIME Asia bakal menonton WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN, rancangan enam episod berkonsepkan digital yang akan disiar bermula 23 Julai 2018.

Advertisements

Penerbitan rancangan ini hasil kerjasama terbaharu antara LIFETIME Asia dan Canon. Siri ini dihoskan personaliti media sosial Singapura, Yeoh Mong Chin, membawanya mengembara ke enam buah negara di Asia Tenggara dalam masa lapan minggu dengan pelbagai aktiviti menarik.

Mong Chin atau lebih dikenali sebagai ‘Mongabong’ di kalangan pengikut Instagramnya mula mencipta nama menerusi minatnya dalam fesyen, kecantikan, pelancongan dan makanan.

Menerusi rancangan ini, Mong Chin akan mengembara ke seluruh Asia Tenggara untuk mencari lokasi unik yang jarang dikunjungi pelancong. Dia yang baharu mengenali dunia marathon akan dibantu beberapa individu yang mempunyai minat sama dalam larian, muzik, makanan, fesyen dan banyak lagi.

“Walaupun ini adalah pengalaman pertama, tetapi saya berasa seronok kerana dapat melakukan banyak perkara aktiviti termasuk mengembara, mencuba makanan baharu dan fotografi. Melalui WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN saya belajar untuk tidak cepat berputus asa apabila berhadapan cabaran. Selain memberi saya peluang lebih mengenali pengikut saya di media sosial. Rancangan ini menjadi platform terbaik untuk berkongsi pengalaman menarik dengan mereka melalui pendekatan yang unik dan asli,” kata Mong Chin,

WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN di LIFETIME Asia menggunakan pendekatan secara digital di mana penonton LIFETIME Asia dapat mengikuti pengembaraannya secara eksklusif secara langsung di lokasi semasa siri ini dirakam. Penonton boleh berinteraksi bersama Mong Chin lebih dekat, sambil melihat kehidupan seorang ‘influencer’.

Rancangan ini selaras dengan misi LIFETIME Asia untuk sentiasa menyokong dan menghargai wanita dalam dunia penyiaran dan mengetengahkan lagi peranan wanita dalam media massa.

Ketua Pemasaran, Operasi Domestik, Canon Singapura berkata, “Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan A+E Networks dalam menghasilkan produksi siri digital pertama mereka. Kamera Canon EOS M50 tanpa cermin terbaharu dengan keupayaan merakam video 4K dan pindahan imej secara pantas ke peranti mudah alih akan membuatkan penonton berasa lebih teruja untuk mengikuti pengembaraan

Mong Chin.” Kata Ketua Pemasaran, Operasi Domestik, Canon Singapura, Edwin Teoh.

Aktiviti menarik dalam WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN

1. Singapura

Pengembaraan Mong Chin bermula di tanah airnya sendiri, Singapura. Dia akan menyertai ILLUMI Run, acara larian santai dengan iringan muzik rancak, pancuran air bercahaya dan zon-zon tarian. Dia turut tidak melepaskan peluang menyertai acara kayak di Punggol Waterway bersama Ministry of Adventure. Selain itu, peminat akan dapat menyaksikan aksi akrobatik Mong Chin ketika berlatih bersama kumpulan Toruk: The First Flight by Cirque du Soleil. Di Boufe Café, Mong Chin akan berkongsi hidangan-hidangan pemanis mulut yang lazat dan cantik untuk diposkan di Instagram.

2. Malaysia (Kuala Lumpur)

Mong Chin bersama pelari dari seluruh dunia akan menyertai acara larian terkemuka di bandar ini iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon. Sebelum itu, dia perlu memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap memuaskan. Bagi membantu persediaannya, dia akan dilatih oleh jurulatih peribadi dan usahawan, Nana Al Haleq. Selain itu, dia juga bertemu dengan artis batik, Lazim Ismail dan Nadia Hasbi untuk mereka seluar sukan bercorak batik. Sebagai penggemar kopi, Mong Chin tidak melepaskan peluang untuk mempelajari seni membuat latte di Juan Valdez, kafe yang terkenal dengan kopi berkualiti.

3. Thailand (Chiang Mai)

Larian Singha Songkran Chiang Mai diadakan untuk meraikan Tahun Baharu Thai. Larian yang diadakan pada waktu malam ini adalah sebahagian daripada sambutan selama empat hari di Chiang Mai. Saksikan pengalaman pertama kali Mong Chin bermain air sambil berlari bersama penduduk tempatan dan pelancong lain di sepanjang jalan di Bandar Lama Chiang Mai. Dia juga akan mendaki Air Terjun Bua Ton yang unik. Air terjun itu bukan sahaja cantik tetapi mempunyai keunikan yang membolehkan pengunjung memanjat batu di dalam air terjun dengan senang walaupun melawan arus yang deras. Paling menarik, dia turut berpeluang memberi makan dan bermain dengan kambing biri-biri di Farmyard Café sambil menikmati pemanis mulut ais popular – bingsu mangga!

4. Vietnam (Hanoi)

Di Hanoi, Mong Chin menyertai Hash Hound Harriers, kelab larian tempatan dalam sebuah ekspedisi di kawasan kampung. Mereka perlu mengikuti trek yang telah ditetapkan ‘Hares’ sebelum sampai ke lokasi misteri dan Mong Chin turut diberi peluang membantu anggota Hares membuat trek. Di bandar Hanoi, Mong Chin menunggang Vespa dan singgah sebentar di Unicorn Pub untuk menikmati Pho Cocktail. Dia turut melalui Train Street di Bandar Lama Hanoi. Dia berkesempatan memenuhi jemputan seorang penduduk tempatan untuk merasa hidangan asli Hanoi di rumahnya. Bagi mengakhiri pengembaraannya di Vietnam, dia menyertai sebuah parti bertemakan pembunuhan misteri tahun 1920-an yang memerlukan peserta meneka siapakah pembunuh misteri sebelum tengah malam.

5. Indonesia (Lombok)

Sebagai persediaan untuk menyertai larian Rinjani 100 yang terkenal, Mong Chin melawat gunung berapi kedua terbesar di Indonesia, Gunung Rinjani, dan menyertai larian pendek Bukit Sisek. Dia turut bertemu Chelsea Etienne, pemilik Island Mermaids, sekolah pertama di dunia yang mengajar gaya renangan ikan duyung di laut!

Dia tidak melepaskan peluang berenang sebagai ikan duyung dan turut dibawa ke Pantai Pandanan menaiki bot berlantai cermin. Selain turut dibawa ke pasar Tanjung untuk membeli bahan mentah yang kemudiannya digunakan untuk kelas masakan tradisional Indonesia.

6. Filipina (Cebu)

Pengembaraan diteruskan di Filipina. Di sana, dia menyertai acara larian Spartan Sprint yang merupakan sebahagian daripada Spartan Race Cebu 2018. Dia perlu berdepan beberapa cabaran seperti memanjat dan merangkak melintasi api, lumpur dan pagar besi untuk menghabiskan larian ini. Bagi meraikan kejayaannya, dia menjamu selera di Larsian Sa Fuente, sebuah jalan di Cebu yang terkenal dengan pelbagai pilihan hidangan BBQ yang menyelerakan.

Tonton WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN untuk mengenali lebih lanjut mengenai budaya Asia Tenggara pada 23 Julai, setiap hari Isnin, 9.30malam di LIFETIME Asia (Saluran Astro 709).

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
5 Rahsia Kajol Kekal
5 Cara Penuhi Keperl

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja