Thursday, Jan 17, 2019
HomeGaya hidupSaddam Dinobatkan ‘Juara R U Tough Enough?’ Asia Tenggara!

Saddam Dinobatkan ‘Juara R U Tough Enough?’ Asia Tenggara!

Rakyat Malaysia terbukti paling gagah di Asia Tenggara, sekali gus berjaya menewaskan 21 Finalis Lain dan Membawa Pulang Hadiah Utama Bernilai USD15,000!

KIX HD (Saluran Astro 729), saluran utama untuk hiburan aksi di Asia dan Fisherman’s Friend menobatkan pegawai tentera, Mohd Saddam Mohd Pittli sebagai “Individu Paling Gagah Asia Tenggara” selepas berjaya menundukkan 21 finalis lain dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dalam pertarungan hebat R U Tough Enough? Asia Tenggara. Sekali gus membawa pulang hadiah utama bernilai US$15,000 (RM62,438) serta pengalaman yang pasti dikenang sepanjang hayat.

Advertisements

Pertarungan terakhir R U Tough Enough? Asia Tenggara yang telah berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid, baru-baru ini benar-benar menduga dan mencabar keupayaan semua finalis yang bertanding, bukan saja menguji dari segi kekuatan fizikal mereka, tetapi ketahanan mental dan daya tahan emosi.

Saddam,  27, menyatakan isteri beliau sebagai penyokong utamanya. Katanya: “Saya terlampau teruja sehingga menangis sewaktu mereka mengumumkan nama saya. Walaupun saya telah banyak memenangi maraton dan perlumbaan, tetapi pertandingan ini paling bermakna buat saya! Wang hadiah utama ini, saya merancang untuk membeli peralatan untuk membina ‘bootcamp’ mini sendiri bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.”

Sementara itu, menurut Naib Presiden, Pemprograman KIX HD, Betty Tsui, sungguh mengujakan melihat sambutan hangat yang diterima dari keseluruhan rantau ini sejak beberapa bulan lepas hingga kemuncak aksi pertarungan terakhir.

“Kebanyakan peserta memiliki kisah peribadi yang cukup memberikan inspirasi; mereka mengatasi pelbagai cabaran hidup sehingga sampai ke tahap ini. Inilah kisah hidup ketabahan sebenar sejajar dengan kandungan yang KIX HD komited untuk berkongsi dengan semua penonton di rantau ini.

“Pertarungan akhir yang berlangsung adalah sangat sukar dan sengit, dan ini adalah bukti betapa gagahnya rakyat Asia Tenggara. Kami sangat berbangga dengan Mohd Saddam kerana beliau menjadi contoh sebenar ‘kegagahan’ fizikal, mental dan emosi, dan kami mengucapkan tahniah kepadanya bagi pencapaian ini.”

Pengacara tahun ini adalah Dutanya Ishaq Vadillo, jurulatih kecergasan Malaysia dan Hansen Lee.

R U Tough Enough? Asia Tenggara dipersembahkan Fisherman’s Friend dan rakan kecergasan Celebrity Fitness, rakan penyiaran Astro, penaja lokasi Sunway Pyramid juga hotel rasmi Dorsett Grand Subang.

KIX HD menawarkan gabungan program aksi hebat kepada peminat aksi termasuk acara pertandingan seni pertahanan diri, filem aksi popular, siri aksi diminati ramai dan rancangan realiti teknologi terkini. Dengan tayangan perdana dan eksklusif setiap bulan, KIX HD menjanjikan hiburan penuh mendebarkan tanpa henti kepada penontonnya.

comments

FOLLOW US ON:
Raikan Musim Cuti Be
“Tanpa Suami, Aku

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja