Tuesday, Oct 23, 2018
HomeGaya hidupWho Runs The World Guna Pendekatan Inovatif

Who Runs The World Guna Pendekatan Inovatif

Sekali lagi, saluran A+E Networks, LIFETIME Asia dan Canon akan bekerjasama dalam penerbitan sebuah rancangan enam bahagian yang berkonsepkan digital, WHO RUNS THE WORLD.

Advertisements

Siri ini akan bermula secara digital sebelum episod sepenuhnya dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. Bertemakan aktiviti kecergasan dan gaya hidup, siri ini bakal dihoskan personaliti media sosial terkenal Singapura, Yeoh Mong Chin.

Dalam siri ini, dia akan mengembara ke enam buah negara di Asia Tenggara untuk menyertai perlumbaan marathon bersama masyarakat setempat.

Dalam setiap episod berdurasi 30 minit, Mong Chin akan melawat negara berbeza termasuk Malaysia. Bagi membantu persediaannya sebelum acara marathon, Mong Chin akan berjumpa dengan beberapa personaliti tempatan yang mempunyai minat tersendiri.

Antaranya, dia akan mendapatkan senarai lagu daripada pemuzik tempatan, seluar larian dengan rekaan terkini daripada pereka fesyen terkenal dan banyak lagi. Bukan itu saja, mereka juga akan membawa Mong Chin ke tempat-tempat menarik yang jarang dikunjungi pelancong.

Semua akan dirakam dan dimuatkan ke akaun Instagramnya untuk tatapan peminat. Menerusi siri ini, penonton dapat menyaksikan rakaman di sebalik tabir dan melihat hasil kerja pasukan produksi dan Mong Chin secara langsung.

And finally… it’s a wrap for Lombok!!! #runtheworldwithmongchin

A post shared by Mongchin Yeoh (@mongabong) on

Buat pertama kalinya, LIFETIME akan menggunakan saluran digital bagi memaparkan kandungan eksklusif secara langsung dilokasi semasa siri ini dirakam. Pendekatan ini membolehkan penonton merasai pengalaman yang lebih menyeluruh dan mengujakan.

Timbalan Pengarah Pengurusan, A+E Networks Asia, Prem Kamath berkata, kali ini mengambil pendekatan untuk memanfaatkan platform media sosial sedia ada dan menggabungkan rakaman digital dan episod di televisyen bagi memberikan pengalaman tontonan berbeza kepada penonton.

“Golongan milenial sangat mementingkan pengalaman dan mereka sukakan kandungan terbaru yang mengikuti peredaran zaman. Dengan menggunakan platform berbeza dan penyampaian yang lebih dekat dengan penonton, kami percaya rancangan ini akan memberikan pengalaman baharu kepada para penonton muda. Secara tidak langsung ia juga akan membantu meningkatkan lagi nilai jenama kami,” kata Prem Kamath.

WHO RUNS THE WORLD adalah kerjasama terbaharu di antara A+E Networks Asia dan Canon. Sebelum ini, mereka pernah menghasilkan siri PHOTO FACE OFF sepanjang empat musim. Penerbit siri berkenaan, Beach House Productions, akan turut menerbitkan WHO RUNS THE WORLD untuk A+E Networks Asia.

Rancangan ini akan mula menjalani penggambaran April 2018 dan akan ditayangkan di LIFETIME Asia pada suku ketiga tahun 2018.

comments

FOLLOW US ON:
9 Rahsia Senggama Ta
Varilux® X series T

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja