Tuesday, Dec 11, 2018
HomeInspirasi DapurResipi Rendang Ayam Mudah, Cepat Dan Sedap

Resipi Rendang Ayam Mudah, Cepat Dan Sedap

Rendang Ayam memang popular sejak berzaman lamanya. Ia juadah yang menjadi kegemaran ramai tidak kira bangsa, agama dan lapisan usia. Rasanya yang unik menepati selera tidak hanya rakyat Malaysia, malah di Indonesia mahu pun Singapura. Lebih menarik, pelancong asing juga sudah pandai menikmati ketika datang berkunjung ke negara kita.

Advertisements

Menyediakan hidangan ini memang agak remeh, tetapi kami ada cara mudah dan cepat untuk anda cuba. Tidak sampai satu jam, Rendang Ayam sudah sedia untuk dinikmati bersama ketupat, nasi impi, pulut atau nasi putih.

Jom, kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya;

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam, dipotong dan dibersihkan (digaul sebentar dengan sedikit tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ayam)

1mangkuk santan pekat / boleh guna santan kotak

3 batang serai, dititik

Sedikit gula melaka

2 keping asam gelugor

Dua helai daun kunyit/ limau purut, dimayang

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Bahan dikisar:

12 tangkai cili kering/cili padi (jika mahu lebih pedas)

7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 ruas (jari) halia tua

1 ruas lengkuas

1 ruas kunyit

2 batang serai

Cara membuatnya:

1. Di dalam kuali, panaskan minyak secukupnya. Kemudian tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga garing dan wangi.

2. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, gaul rata dan tutup kuali sepenuhnya. Proses ini dipanggil ‘mengecutkan ayam’.

3. Apabila ayam sudah mengecut dan air ayam sudah keluar, tuang santan pekat, bubuh gula melaka secukupnya dan juga asam gelugor. Gaul hingga sebati.

4. Rendang Ayam hampir siap apabila kuahnya sudah pecah minyak. Ketika ini, bolehlah masukkan daun kunyit atau limau purut juga garam secukup rasa.

* Menggunakan bahan sama, anda juga boleh masak rendang ini tanpa menumis bahan kisar terlebih dahulu. Caranya, di dalam kuali, masukkan bahan kisar, serai yang dititik dan ayam. Raul sebati dan tutup permukaan kuali sepenuhnya. Biarkan ayam mengecut dan masukkan santan pekat.

 

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
10 Rahsia Perkahwina
Ingin Mata Sihat Dan

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja