Tuesday, Oct 23, 2018
HomeInspirasi DapurResipi Ketam Nipah Berlado Pecah Telur

Resipi Ketam Nipah Berlado Pecah Telur

Anda penggemar makanan laut terutama ketam? Pilihan kami kali ini, Ketam Nipah. Saiznya yang besar dan isi yang lebih padat memang sesuai dimasak berlado. Jom lihat bahan dan cara membuatnya. Mudah sahaja, tidak sampai 40 minit, Ketam Nipah Berlado Pecah Telur siap disajikan untuk keluarga.

Advertisements

Ketam Nipah Berlado Pecah Telur

Bahan-bahannya;

2 ekor Ketam Nipah, dibersihkan

Minyak masak, untuk menumis

4 ulas bawang putih, dicencang halus

3 biji bawang merah, dicencang halus

2 batang serai, dititik

5 sudu makan cili kisar

3 sudu makan sos cili

3 sudu makan sos tomato

2 sudu makan sos tiram

Sedikit air

1-2 biji telur

Garam secukup rasa, jika perlu

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak secukupnya, goreng ketam sehingga separuh masak. Ketepikan.

2. Menggunakan kuali sama, masukkan hanya sedikit minyak lebihan goreng ketam tadi untuk menumis bawang putih, bawang merah dan serai. Tumis sehingga kuning keemasan.

3. Bubuh cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Lepas itu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.

4. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi, gaul rata.

5. Akhir sekali, masukkan telur dan gaul sehingga sebati (selepas masukan telur, gaul dengan cepat dan padamkan api). Jika perlu, masukkan sedikit garam. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

 

comments

FOLLOW US ON:
Terbongkar! Ini 6 Ra
Kisah 'Tegar' & "Say

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja