Tuesday, Nov 20, 2018
HomeInspirasi DapurResipi Kek Coklat Mudah Dan Sedap

Resipi Kek Coklat Mudah Dan Sedap

Kek coklat memang digemari ramai, khususnya kanak-kanak. Justeru, tidak hairanlah apabila kek ini menjadi pilihan utama di majlis keraian.

Advertisements

Ada pelbagai cara membuat kek coklat dan kaedahnya juga tidak sukar jika tahu caranya. Paling penting, bahan yang digunakan haruslah segar dan bermutu tinggi terutama coklat serta telur.

Berikut resipi yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan kek coklat buatan sendiri. Selamat mencuba.

Bahan A
• 1 cawan tepung gandum
• 1camca teh serbuk penaik
• 1 camca teh serbuk soda bikarbonat
• 1 camca teh garam halus

Bahan B:
• 1 cawan gula
• ½ cawan susu pekat
• 1 cawan susu segar
• 1 cawan serbuk koko
• 1 cawan minyak / mentega cair

Bahan C
• 3 biji telur gred A, dipukul sehingga kembang

Bahan toping:
• 400 gm coklat masakan, dipotong kecil
• 1 camca besar susu pekat
• ½ cawan susu cair
• 2 camca besar mentega

Cara membuatnya:
1. Di dalam mangkuk besar, campur semua bahan A dan ayak dua kali. Ke tepikan.
2. Di dalam periuk, campur semua bahan B, kacau sebati dan masak dengan api perlahan sehingga gula cair. Kemudian, biarkan sejuk dalam suhu bilik.
3. Masukkan bahan A ke dalam adunan coklat, kacau sehingga sebati menggunakan kaedah kaup balik.
4. Bubuh telur ke dalam adunan dan gaul sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles mentega dan sedikit tepung (supaya kek tidak lekat pada loyang). Bakar adunan pada suhu 170º darjah, 40 minit atau sehingga masak. Adunan kek coklat ini juga boleh dikukus. Balut penutup kukusan dengan kain bersih atau tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium supaya wap air tidak menitis di atas kek.
6. Cara buat toping: Cara: Panaskan susu cair dan susu pekat menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan dan kacau sehingga cair. Padamkan api, masukkan mentega. Kacau sehingga sebati dan agak pekat.
7. Apabila kek sejuk, tuang toping di atasnya.

Foto: foodfotogallery.com
* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui  emel hipandabaca@gmail.com.

comments

FOLLOW US ON:
Pesona Luar Biasa Hi
Rumah Nampak Sempit?

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja