Sunday, May 26, 2019
HomeSeni DekoRahsia Rumah Kemas Dan Bersih Hanya 15 Minit 

Rahsia Rumah Kemas Dan Bersih Hanya 15 Minit 

Rumah yang bersih pastinya membuat siapa sahaja berasa selesa dan nyaman. Sebab itulah, membersihkan rumah wajib dilakukan. Sayangnya, beberapa orang berasa berat membersihkan rumah kerana beberapa sebab seperti waktu dan kesibukan.

Advertisements

Mahu tahu rahsia rumah bersih, kemas dan selesa dalam masa hanya 15 minit? Ya, anda mampu membuat rumah kelihatan bersih dan merapikannya dengan perasaan santai,gembira dan paling penting tidak memerlukan waktu lama. Jimat masa, kerja semua menjadi mudah dan tersusun rapi.

Foto: kluje.com

Kemas tempat tidur

Selepas bangun pagi, sebelum meneruskan aktiviti lain usahakan untuk kemas tempat tidur. Jangan tinggalkan tempat tidur dalam keadaan bersepah dan tidak terurus. Bersihkan tempat tidur secara rutin hingga anda tidak akan berasa sudah dan terpaksa kerana sudah terbiasa. Rumah juga nampak bersih apabila bilik tidur berada dalam keadaan rapi dan kemas.

Letak di tempatnya

Jika anda nampak barang yang diperlukan tidak berada di tempatnya segera ambil dan susun seperti sebelumnya. Lakukan ini secara rutin,  kebiasaan ini membuat anda  tidak perlu menghabiskan masa lama untuk membersih dan mengemas rumah.

Klasifikasikan barang

Bagi mempermudah anda kemas dan menyimpan, sangat disarankan untuk meletakkan barang berdasarkan jenisnya. Misalnya kerongsang, jam tangan, atau hijab. Ini juga akan memudahkan apabila mahu memakainya.

Buka jendela

Biarkan udara di dalam rumah beredar dengan sempurna. Rumah yang sejuk akan rasa bersih dan nyaman.

Barang yang disusun rapi dan  udara yang segar akan membuat siapa sahaja berasa betah. Semoga informasi ini bermanfaat dan dapat membantu anda dalam mengemas rumah dalam masa singkat.

Foto utama: kluje.com

comments

FOLLOW US ON:
5 Cara Sepatu Lama N
Cara Buat Stok Ayam

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja