Sunday, Sep 23, 2018
HomeTravelogPromosi percutian hebat Trafalgar Europe Travel Fair

Promosi percutian hebat Trafalgar Europe Travel Fair

Trafalgar sentiasa mementingkan kehendak dan kepuasan, kini giat membuat promosi destinasi percutian ke Eropah merangkumi 120 jadual perjalanan menarik baharu untuk tahun 2016!

Syarikat pelancongan sedunia, Trafalgar, mengumumkan identiti jenama yang baharu, bertemakan “Simply the best”. Dalam laman web Feefo, Trafalgar telah menerima taraf 97% (status emas) dengan reviu yang sangat positif.

Advertisements

Ini kerana para pelancong mengiktiraf Trafalgar sebagai “the best” (paling hebat) dalam pelbagai bidang. Reviu yang tidak disunting itu boleh dibaca di laman web Trafalgar, www.trafalgar.com atau dengan hashtag #simplytrafalgar.

Bagi anda yang suka melancong dan inginkan kenangan serta pengalaman menarik sepanjang percutian, ada berita baik yang pastinya mengujakan anda. Promosi destinasi percutian ke Eropah merangkumi 120 jadual perjalanan menarik yang baharu untuk tahun 2016 ini termasuklah:

  • Iceland (destinasi baharu) – landskap sejuk beku menyembunyikan fenomena geografi yang istimewa seperti glasier, formasi lava, geisar dan fjord. Anda pasti seronok kerana Warga di sini amat peramah orangnya.
  • Imperial Europe – melancong ke negara Jerman, Repubilk Czech, Hungary dan Austria dalam jadual perjalanan 10 hari menerusi bandar bersejarah seperti Prague, Budapest, Vienna dan Salzburg.
  • Itali – lihatlah dengan mata sendiri perbezaan antara Rome, Florence dan Venice yang serba indah.
  • Spain – inilah masanya untuk menerokai warisan budaya yang kaya di rantau Andalusia menerusi tiga bandar utama: Madrid, Saville dan Barcelona.

Pameran 120 jadual perjalan ke Eropah & Britain:
Bermula 21 hingga 25 Oktober 2015, Trafalgar Europe Travel Fair akan mempamerkan 120 jadual perjalanan ke Eropah dan Britain (pada tahun 2016) yang menarik. Acara ini bakal diadakan di 1Utama Shopping Centre, dengan penjimatan eksklusif hingga 20 peratus.

Lebih menarik, diskaun khas untuk wanita dan ahli OneCard. Di samping itu, semua pembelian yang dibuat ketika pameran ini akan secara automatik memasuki cabutan bertuah untuk memenangi percutian termasuk penerbangan ke Britain.

Jadi, jangan lepaskan peluang hebat ini dan kunjungi pameran yang menjanjikan pengalaman serta kenangan istimewa dalam catatan pelancongan anda.

comments

Keunikan Pasar Siti
Jom Ke MaTiC Street

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja