Tuesday, Nov 20, 2018
HomeFesyenPesona Luar Biasa Hitam- Merah

Pesona Luar Biasa Hitam- Merah

Padanan hitam dan merah menjadi trend tersendiri dalam dunia fesyen, malah menjadi kolaborasi rona menarik jika bijak disuai suai padankan. Selain menciptakan karakter kepada pemakainya.

Advertisements

Setiap tahun dua warna ini popular sering digunakan pereka fesyen dalam rekaan mereka. Bagi anda yang bosan dengan rona biasa dan sama apabila bergaya, gandingan dua rona klasik ini  boleh menjadi  inspirasi fesyen anda.

Paduan rona ini mempunyai berkarakter kuat dan berpotensi menarik perhatian. Padanan gaya dan rona berani ini mampu menyerlahkan penampilan anda, berkarekter, sekali gus menyuntik pesona luar biasa.

Foto: Edition By Georges Chakra Fall

Tidak dinafikan, tidak ramai berani mencuba dua rona ini sekali gus kerana beranggapan kesannya berat dan gelap. Tetapi, jika bijak menyuai padan dengan aksesori kedua-dua rona ini “saling melengkapi”.

Hitam membuat merah tampil semakin menonjol. Tetapi, merah tidak membuat hitam kehilangan pesonannya. Selain menjadi paduan hitam dan merah yang harmoni. Serasi dan cantik, pasti menyerlahkan pesona penampilan anda.

comments

FOLLOW US ON:
6 Amalan Gaya Hidup
Resipi Kek Coklat Mu

inspirasimagazine@gmail.com

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja