Friday, Aug 7, 2020
HomeRelung hatiPatutlah Isteri Selalu Balik Lambat, Rupa-rupanya…

Patutlah Isteri Selalu Balik Lambat, Rupa-rupanya…

Patutlah isteri selalu balik lambat, rupa-rupanya...

Keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga harus didasari sikap saling menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara pasangan suami isteri.

Advertisements

Keluarga bahagia pula dibina berteraskan sifat kasih sayang, tolak-ansur, saling bertimbang rasa dan menghormati. Pun, ibarat gigi denga n lidah, sesekali pasti tergigit. Kalau asyik tergigit, rumit jadinya.

Begitu juga yang berlaku kepada Shahrul* (35). Bapa kepada dua anak ini menyifatkan ‘tragedi’ yang menimpa rumah tangganya sebagai mimpi ngeri yang sukar dilupakan.

Menurut pegawai di sebuah bank terkemuka negara ini, amat menyakitkan apabila wanita yang paling dicintai menodai kepercayaannya.

Kata Shahrul, pada awal perkahwinan mereka, semua berjalan dengan baik. Sebagai ketua keluarga, dia berusaha membahagiakan Alisa* (isteri) dan anak. Walaupun keperibadian  isterinya agak  keras, degil dan suka merungut, namun dia tetap bersabar.

“Dia (isteri) lebih muda daripada saya, beza umur kami tujuh tahun. Waktu menikah, dia 19 tahun, tapi saya yakin mampu mendidiknya menjadi isteri yang baik.

“Kalau ada sikapnya yang tak berkenan di hati, saya tegur dengan baik. Saya bersyukur kerana dia mahu mendengar nasihat saya,” kata Shahrul, memulakan bicaranya dalam pertemuan kami di restoran makanan segera, baru-baru ini.

Memberontak

Tiga tahun hidup bersama, sikap Alisa berubah semakin menyakitkan hati. Kalau dulu apabila marah hanya pandai merungut, sekarang sudah pandai hempas-hempas barang malah sanggup pukul anak.

“Bila saya tanya kenapa dia naik angin, katanya bosan. Tertekan dan terbeban kerana menguruskan anak dan rumah tangga. Saya sedih mendengar kata-katanya itu. Saya tanya, apa yang dia nak. Katanya, nak bekerja. Nak bergaul seperti wanita lain, ada duit sendiri dan waktu untuk diri sendiri.”

Walaupun tidak bekerja, tetapi hidup Alisa mewah. Semuanya serba lengkap, dia tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang diidamkan. Shahrul menyediakan segalanya.

Luahan hati isterinya itu membuat dia terkesima. Betapa sepanjang hidup bersama, dia tidak sedar wanita itu mempunyai keinginan lebih tinggi daripada jangkaannya. Mengurus rumah tangga, anak dan suami bukan satu kepuasan kepadanya seperti yang dinikmati wanita lain.

“Mungkin sebab dia masih muda, jadi demi memuaskan hatinya saya izinkan dia keluar bekerja. Dia sangat gembira dan berjanji tak abaikan tanggungjawab sebagai isteri juga ibu. Melihat dia gembira, saya lega. Hilang semua rasa bimbang, maklumlah, dia boleh dikatakan cantik dan bentuk badan tetap menarik walaupun beranak dua.”

Tiga bulan Alisa keluar bekerja, semuanya berjalan seperti biasa. Setakat merungut penat kerana terpaksa memasak dan mengurus anak selepas balik kerja, sudah biasa dipendengaran Shahrul. Ketika tidak bekerja pun isterinya itu memang suka merungut, apatah lagi selepas beban tugasnya bertambah.

Sebagai suami, dia berusaha memahami dan membantu mana-mana yang mampu dilakukannya. Sayangnya, sikap dan perilaku Alisa semakin berubah. Paling ketara, dia sering pulang lewat dengan alasan banyak kerja di pejabat.

“Kalau saya telefon bertanya jam berapa dia boleh balik, dia marah-marah. Kalau saya WhatsApp, langsung tak dibalasnya. Balik ke rumah, mukanya mencuka. Anak jadi mangsa kemarahannya. Kalau saya tegur, dia mengamuk. Huh… Mati akal dibuatnya!”

Rasa tertipu

Sejak bekerja, sikap Alisa sangat dingin. Tiada lagi layanan mesra diterima daripada wanita itu. Sebaliknya, setiap hari dia disogokkan dengan rungutan demi rungutan.

“Dia minta saya ambil orang gaji untuk urus rumah tangga termasuk memasak, tapi saya tak mahu. Setiap hari Mak yang jaga anak, jadi bagi saya tiada keperluan ambil orang gaji. Lagipun, saya tak selesa ada orang asing dalam keluarga kami. Hanya sebab keinginannya tak dipenuhi, dia merajuk dan tak mahu tegur saya.”

Hubungan mereka semakin hambar. Tanpa rasa bersalah, Alisa seolah-olah lupa tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Dia sibuk dengan urusan kerja yang kononnya bertimbun di pejabat, padahal dia hanya kerani kewangan.

“Bukanlah memandang rendah pekerjaannya, tapi saya pelik apabila dia sibuk mengalahkan pegawai bank. Dek rasa nak tahu keadaan kerjanya di pejabat, saya hubungi majikan dia.

“Jawapan yang saya terima sangat mengejutkan, sepanjang bekerja tak pernah sekali pun dia disuruh bekerja lebih masa. Waktu balik kerjanya tepat jam lima petang setiap hari. Jadi, ke mana dia pergi selepas itu, jam 10 malam baru balik?”

Walaupun kecewa mendengar penjelasan daripada majikan isterinya itu, Shahrul tetap bersabar. Hinggalah suatu hari, Alisa ke pejabat tanpa memandu keretanya seperti biasa. Alasannya, penat memandu dan mahu berjimat. Shahrul menawar diri untuk menghantar dan mengambilnya, tetapi dia menolak.

“Dia kata mahu tumpang kereta kawan sekerja, jadi saya tak banyak soal. Sejak pergi dan balik kerja dengan kawannya itu semakin lewat dia balik.

“Sebagai manusia biasa, taha kesabaran saya ada hadnya. Tindakannya seolah-olah mencabar egonya. Saya nekad untuk selelsaikan semua masalah kami supaya terungai segalanya.”

Skandal

Kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Tembelang Alisa pecah apabila Shahrul jumpa tiket wayang di dalam beg tangan. Pada tiket itu tertera waktu tayang jam sembilan malam.

“Seminggu sebelum saya jumpa tiket itu, memang ada beberapa malam dia balik jam satu pagi. Ya Allah, hanya Tuhan saja tahu betapa sakitnya hati saya waktu itu. Saya cuba bersabar, tapi tak mampu. Lebih menyakitkan hati, apabila dia tak mengaku tiket itu kepunyaannya. Katanya, jumpa di meja pejabat dan simpan. Alasan  yang tak masuk akal, dia masih nak menipu walaupun ada depan mata.

“Sejak kejadian itu, saya buat keputusan untuk hantar dan ambil dia dari kerja. Dia tak merungut tapi mukanya masam saja. Kalau ditanya jawabnya acuh tak acuh saja. Hubungan dia dengan anak juga dingin, anak nak bermanja pun takut,” cerita Shahrul.

Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui, akhirnya rahsia yang disembunyikan Alisa terbongkar. Rupa-rupanya, dia ada skandal dengan teman sekerjanya.

“Kawan sepejabat dia beritahu saya, siap ada bukti bergambar. Lelaki itu juga sudah berkahwin dan ada empat anak. Apa yang dicari daripada lelaki itu? Apakah sepanjang hidup bersama, dia tak bahagia? Sampai hati dia menduakan saya!”

Biarpun masih menyayangi Alisa, namun demi maruah dia reda dengan ketentuan Ilahi. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta, berakhir dengan talak satu.

“Sampai sekarang keluarga terutama bekas mentua tak apa punca penceraian kami. Bagi saya, tak perlulah keluarga tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Saya tak mahu mereka kecewa. Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian hidup, setakat itu saja jodoh kami,” kata Izzat mengakhiri perbualan kami.

* bukan nama sebenar
Foto: Vonderhaarlaw.com

 

 

comments

FOLLOW US ON:
Janna Nick-Ajak (Shi
Dituduh Hina Nabi, I

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja