Friday, Aug 7, 2020
HomePesonaOpps… Jangan Tua Sebelum Waktunya!

Opps… Jangan Tua Sebelum Waktunya!

“Say good morning to your skin with this enchanting treat.” ― Amy Leigh Mercree

Bayangkan usia anda 20-an, tetapi ada yang panggil “Kakak”. Sentap, bukan! Mood ceria boleh bertukar 360 darjah dibuatnya!

Tidak keterlaluan jika dikatakan, tiada seorang wanita pun yang menafikan bahawa mereka mahu sentiasa kelihatan awet muda, segar dan menarik.

Advertisements

Bagi merealisasikan keinginan itu, ada segelintir daripada mereka sanggup  melakukan perawatan mahal dan berbahaya. Padahal, ada cara untuk senantiasa kelihatan lebih muda dan menawan, tanpa perlu mengeluarkan banyak wang.

Ya, solekan dan gaya rambut jika diaplikasikan dengan betul boleh membuat wajah anda kelihatan lebih cantik dan segar. Berikut beberapa tip yang dapat membantu anda menatarias wajah agar tidak kelihatan tua sebelum waktunya. Jom, kita lihat satu persatu bahagian.

Aplikasi eyeliner hitam
Menggunakan eyeliner hitam memang sangat berkesan untuk wanita yang mempunyai mata sepet atau kecil. Penggunaan eyeliner membantu melebarkan mata dengan segera.

Foto: Beautylish.com

Pun begitu, anda harus berhati-hati, riasan mata yang didominasi warna gelap dan bertekstur berat, boleh membuat wajah kelihatan layu dan tidak cerah.

 

Foto: Byrdie.com.au

Rambut panjang atau pendek
Rambut terlalu panjang akan membuat keseluruhan penampilan anda kurang segar dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Manakala potongan rambut terlalu pendek jika tidak kena gaya boleh menjadi ‘merosakkan’ penampilan anda.

Foto: Instyle.com

Foto: Instyle.com

Gaya rambut paras bahu adalah potongan rambut paling tepat untuk “memanipulasi” usia anda, tetapi pastikan gaya rambut sesuai dengan bentuk dan kontur wajah anda.

Tangan berkedut
Selain wajah, daerah tubuh yang paling mudah dilihat adalah tangan. Sayangnya, sering kali dianggap remeh dan diabaikan.

Sedarkah anda, kedutan pada tangan dengan mudah dapat menggambarkan berapa usia anda. Jadi, secara rutin oleskan losen pelembab tangan waktu pagi dan malam agar kulit tangan sentiasa lembut dan halus.

comments

FOLLOW US ON:
Kisah ‘Tegar’ &
Suasana Rumah Suram?

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja