Tuesday, Oct 23, 2018
HomeSelebritiNora Danish Beri Nama Ini Untuk Anaknya

Nora Danish Beri Nama Ini Untuk Anaknya

Nak Tahu Apa Nama Nora Danish Beri Untuk Anaknya

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pelakon jelita, Nora Danish (35) yang selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.

Advertisements

Khabar gembira itu dikongsi suami Nora, Nedim Nazri yang memuat naik beberapa gambar bersama bayi mereka, melalui aplikasi Instagram.

Nedim juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan isterinya selamat bersalin.

“Syukur Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Terima kasih untuk doa semua,” katanya.

Nama pilihan Nora – Nedim tarik perhatian netizen

Akaun media sosial peribadi Nora dan Nedim dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen yang menzahirkan kegembiraan mereka atas kelahiran bayi comel dengan berat 3 kilogram itu.

Turut menarik perhatian netizen, pilihan nama yang diberi pasangan ini kepada bayi mereka, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Bin Nedim itu. Nama bersempena ayah Nedim, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

 

 

Pagi tadi, detik manis kelahiran bayi sulung pasangan ini turut dikongsi teman baik Nora, Betty Rahmad yang memuat naik video aktres jelita itu dan Nedim sedang mengendong bayi mereka, melalui aplikasi Insta Stories.

Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun 2017. Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki.

comments

FOLLOW US ON:
3 Jus Detok Untuk Cu
Tiada Lagi Pesona Sr

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja