Thursday, Jan 17, 2019
HomeTip SihatNak Kurus? Jom, Makan Epal Setiap Hari

Nak Kurus? Jom, Makan Epal Setiap Hari

Setiap orang (khususnya wanita he… He…He…) pastinya menginginkan berat badan ideal dan bentuk tubuh ramping. Sayangnya, dek pola makan yang tidak sihat dan gaya hidup yang tidak betul, seseorang boleh mengalami kenaikan berat badan secara mendadak. Jika berat badan sudah naik, memang susah untuk diturunkan kembali.

Advertisements

Pun begitu,  tidak perlu bimbang dan panik. Menurut bacaan penulis di laman stylecraze.com, ada beberapa cara mudah untuk menurunkan berat badan. Satu daripada caranya adalah mengamalkan makan buah epal secara rutin setiap hari, pagi dan malam.

Foto: memorialleaf.com

Beberapa pengkaji di University of East Angalia menyebutkan, buah epal mengandungi nutrisi flavonoid. Kandungan inilah yang dipercaya dapat membantu menurunkan berat badan secara alami apabila dimakan setiap hari.

Lebih menarik, tidak hanya membantu menurunkan berat badan,  flavonoid ini juga bermanfaat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu mencegah kerosakan sel dalam tubuh, sebagai antioksidan dan mencegah risiko berbagai penyakit, salah satunya barah.

Kajian lain yang diterbitkan di Jurnal Kesihatan di Amerika Syarikat turut mendedahkan,  seseorang yang secara rutin makan buah epal atau makanan lain yang kandungan flavonoid di dalamnya mempunyai berat badan ideal dan bentuk tubuh menarik.

Dan tentunya, harus diimbangi dengan gaya hidup sihat seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan elak makanan berlemak tinggi.

Sementara itu, penelitian yang dilakukan di Institute of Food Research oleh Dr. Paul Kroon menyebutkan, kandungan flavonoid banyak ditemui pada buah epal atau teh. Manfaatnya tidak hanya menurunkan berat badan secara perlahan, tetapi turut membantu meningkatkan berat badan bagi mereka yang terlalu kurus atau mengalami masalah anoreksia.

Semoga informasi ini bermanfaat dan marilah kita amalkan makan buah epal setiap hari.

comments

FOLLOW US ON:
Susu Badan, Bagus Un
5 Cara Elak Anak Tan

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja