Monday, Feb 26, 2018
HomeBeritaMH17: Sedih Dan Pilu Ketika Jenazah Tiba

MH17: Sedih Dan Pilu Ketika Jenazah Tiba

SEPANG: Sedih dan pilu. Begitulah suasana di hadapan pintu keluar Kompleks Bunga Raya KLIA di sini sebaik jenazah mangsa dibawa keluar kenderaan khas menuju lokasi pengebumian dan persemadian.

Advertisements

Linangan air mata dan kesedihan jelas tergambar di rauh wajah pramugara dan pramugari MAS, apatah lagi sebahagiannya sudah berkumpul di hadapan kompleks itu seawal jam 9.15 pagi bagi menzahirkan simpati buat rakan yang terkorban dalam nahas tragik MH17 di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Selain sejambak bunga ros putih dibawanya, mereka turut mengibarkan jalur gemilang.

Suasana pilu itu turut dikongsi kira-kira 200 orang awam, selain pasukan keselamatan dan menyelamat antaranya dari JPAM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sekumpulan berbasikal dikenali ‘Cycling For All’  juga hadir. Seramai 50 peserta mewakili pelbagai kumpulan berbasikal di sekitar Lembah Klang berkayuh sejauh lebih 25 kilometer bermula dari Litar Lumba F1 Sepang menuju kompleks berkenaan.

Sejumlah 30 ahli ahli keluarga dan saudara terdekat pembantu juruterbang MAS, Ahmad Hakimi Hanapi  kelihatan berkumpul di laluan keluar kompleks.

Sumber: BH Online

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
MH17: Pesawat MH6129
Lebih Selesa & Segar

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja