Tuesday, Nov 20, 2018
HomeKecantikanMesti Cuba! 3 Jenis Buah Ini Boleh Cantikkan Kulit Muka Anda

Mesti Cuba! 3 Jenis Buah Ini Boleh Cantikkan Kulit Muka Anda

Anda mungkin biasa mendengar atau membaca tip kecantikan menggunakan buah segar sebagai bahan masker seperti kiwi, tomato, mentimun, pisang, avokado, delima, lemon, epal, strawberi, betik atau plum.

Advertisements

Betul, buah-buahan segar yang kaya dengan antioksidan sangat baik untuk dan sesuai diolah menjadi masker wajah. Selain membantu menyegar dan melembapkan, penggunaan bahan semula jadi lebih selamat untuk kesihatan kulit muka.

Kandungan nutrisinya memberi manfaat tambahan kepada kulit. Biasanya mentimun dan lemon sering menjadi pilihan untuk dibuat masker buatan sendiri. Kali ini, apa kata anda cuba tiga lagi jenis buah yang cukup berkhasiat untuk kecantikan kulit wajah. Jom, lihat cara penyediaannya.

Foto: The Gunny Sack

Masker Nanas

Kisar buah nanas hingga halus, kemudian di dalam mangkuk kecil campurkan dengan santan secukupnya. Gaul rata.

Selepas itu, oleskan pada wajah menggunakan kapas. Biarkan sampai kering sendiri. Setelah itu, bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala muka.

Kandungan Vitamin C di dalamnya buah nanas boleh membantu menghilangkan bekas jerawat, meratakan warna kulit serta membantu mengembalikan kecerahan dan kehalusan kulit. Masker ini sesuai untuk kulit yang sering terdedah dengan pencemaran udara dan sinar matahari.

Foto: The Seattle Times

Masker Tembikai

Buah segar yang kaya air ini memang baik untuk dijadikan masker wajah dengan berbagai manfaat. Kisar kasar tembikai yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk dan oleskan pada wajah. Biarkan 10 minit, kemudian bilas bersih.

Semua nutrisi di dalam buah tembikai dapat membantu mengurangi paparan radikal bebas yang boleh menyebabkan garis halus, kedutan, dan kesan hitam pada kulit.

Foto: Pinterest

Masker betik

Biasanya, buah ini kita gunakan sebagai bahan penyedap masakan seperti di dalam gulai atau sambal. Buah ini juga sebenarnya bermanfaat bagi kesihatan kulit wajah.

Sebagai masker, belimbing buluh boleh membantu menghilangkan minyak berlebih pada wajah, meremajakan kulit, mengecilkan pori-pori, menghilangkan jerawat, menyejukkan wajah dan menghaluskan kulit.

Ambil 6 biji buah belimbing buluh, kisar halus. Tambahkan 2 sudu makan air perahan limau nipis. Kemudian, oleskan tipis-tipis pada daerah wajah yang berjerawat. Biarkan 10 minit. Lakukan tiap hari, terutama untuk mengeringkan jerawat.

Selamat mencuba mengolah masker yang murah tetapi kaya manfaat untuk kulit wajah ini.

Foto utama: telegrafi.com

comments

FOLLOW US ON:
Ini 4 Tanda Hubungan
Kecanggihan Iphone X

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja