Tuesday, Nov 20, 2018
HomeKecantikanManfaat Vitamin C Untuk Kecantikan

Manfaat Vitamin C Untuk Kecantikan

Kini, banyak kaedah moden digunakan untuk rawatan kecantikan kulit wajah. Semudah ABC, kulit ‘cantik’ sekelip mata.

Bagai bulan dan bintang, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Demi kekal cantik, ada segelintir wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk berhabis duit melakukan rawatan mencantikkan wajah.

Advertisements

Ada juga segelintir wanita sanggup melakukan rawatan wajah yang mungkin boleh memudaratkan kesihatannya.

Rawatan dan penjagaan kulit adalah satu pelaburan jangka panjang, penjagaan dari luar sahaja tidak cukup kerana kulit memerlukan rawatan dari dalam. Ada cara mudah dan murah yang boleh anda lakukan untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah.

Anda hanya perlu menjalani pola hidup sihat khususnya rajin berolahraga secara teratur, tidur yang cukup dan berkualiti, kurangkan tekanan serta makan makanan seimbang.

Berikut ini empat vitamin yang diperlukan kulit dan bermanfaat menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Di sekeliling kita ada zat radikal bebas yang mudah menempel pada sel dan jaringan tubuh, termasuk kulit. Bagi yang tinggal dibandar, risiko mengalami kerosakan kulit cukup tinggi kerana keadaan persekitaran tidak bersih.

Radikal bebas yang berpunca daripada sinar matahari, pencemaran alam sekitar seperti asap rokok dan kenderaan menjadi ancaman serius pada kulit. Keadaan ini menyebabkan kerosakan pada kulit selain kusam dan kehilangan kesegaran.

Pengambilan vitamin C bermanfaat membantu mengembalikan keserian kulit, selain kelihatan lebih halus, sekata, mengekalkan kelembapan dan memperbaiki kesihatan kulit.

Vitamin C bertindak menaturalkan radikal bebas yang merosakkan sel kulit. Sekali gus merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya daripada rosak.

 

Menurut kajian daripada American Academy of Dermatology (AAD), vitamin C memiliki sifat sebagai water holder (menyimpan air) membantu menjaga kelembaban kulit dan mencegahnya daripada kekeringan.

Pengambilan vitamin C secara teratur, boleh menghalang penuaan awal, menghaluskan kulit, sekali gus menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

Meskipun banyak pilihan produk rawatan kulit yang mengandung vitamin C, anda harus lebih waspada agar tidak memberi kesan sampingan pada kulit.

Sumber vitamin C boleh ditemui dalam buah-buahan seperti limau, strawberi atau nanas. Manakala sayuran seperti brokoli, saderi dan tomato.

Selain mudah didapati daripada bahan makanan semula jadi, berbagai produk makanan tambahan di pasaran juga dijadikan pilihan, namun jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan masalah pada perut.

Kini vitamin C banyak dipergunakan digunakan sebagai bahan utama dalam berbagai produk rawatan kulit. Misalnya, krim mengandungi vitamin C yang berfungsi melindungi kulit daripada radikal bebas kesan sinaran matahari sekali gus menyebabkan masalah penuaan awal pada kulit.

Ada juga kaedah suntikan terus pada pembuluh darah, namun, suntik vitamin C sebaiknya dilakukan dengan nasihat doktor, agar sukatannya sesuai keperluan tubuh.

Vitamin C yang masuk ke dalam tubuh melalui suntikan dipercayai lebih berkesan dan zat yang terkandung di dalamnya terus masuk ke dalam peredaran darah. Keadaan kesihatan juga segera pulih dan kulit kelihatan lebih cerah cerah.

Bagaimanapun, keperluan vitamin C berbeza bagi setiap individu, bergantung pada usia, jenis kelamin, keadaan psikologi atau kegiatan harian.

Foto: Gambar sekadar hiasan (daripada pelbagai sumber)

 

comments

Spageti Goreng Seafo
Kewangan: Isteri Per

inspirasimagazine@gmail.com

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja