Sunday, Aug 18, 2019
HomeSelebritiMajlis Pernikahan Yuna dan Adam Berlatarbelakangkan Pergunungan Indah

Majlis Pernikahan Yuna dan Adam Berlatarbelakangkan Pergunungan Indah

Foto: WeddingsbyQay

 

Berlatarbelakangkan pergunungan indah dengan hanya sekali lafaz, penyanyi Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, sah menjadi isteri kepada pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, hari ini (Jumaat).

Advertisements

Majlis pernikahan selamat disempurnakan di Puncak Rimba, Bentong yang berlatarbelakangkan pergunungan kira-kira pukul 7 malam.

Yuna, 32, dinikahkan pegawai Jabatan Agama Islam, Bentong, Pahang iaitu Azmi Noh dan diwalikan ayahnya, Datuk Mat Zara’ai.

Pihak lelaki memberikan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak peremuan.

Menurut kenyataan pihak pengurusannya, kira-kira 300 tetamu hadir dalam majlis itu terdiri daripada keluarga dan kenalan.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos 2017.

Tahniah buat pasangan mempelai. Selamat Pengantin Baru Yuna dan Adam.

 

comments

FOLLOW US ON:
DJI Mavic Air - Apa
Pelajar Universiti T

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja