Tuesday, Dec 11, 2018
HomeInspirasi DapurLemak Manis Creme Brulee Yang Menambat Selera

Lemak Manis Creme Brulee Yang Menambat Selera

SAJIAN Creme Brulee tidak hanya menjadi hidangan istimewa di hotel, malah semakin mendapat tempat di majlis keraian mahupun acara minum petang bersama keluarga tersayang.

Advertisements

Bahan dan cara membuatnya mudah sahaja, boleh dihidangkan pada bila-bila masa. Rasanya yang lemak berkrim pasti menambat hati keluarga anda, jadi apa kata cuba sendiri di rumah.

Bahan:
(Jumlah hidangan: 6 remekin)
4 cawan whipping cream
1 camca teh esen vanila
6 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
½ cawan gula perang halus
Air panas secukupnya
Gula secukupnya untuk ditabur di atas creme brulee

Foto: Gambar hiasan

Cara-cara:
1. Susun remekin di dalam loyang. Ke tepikan.
2. Di dalam periuk, masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan esen vanila. Ke tepikan.
3. Di dalam mangkuk, campur kuning telur dan gula. Pukul sehingga sebati, tetapi jangan sampai berbuih.
4. Bubuh bancuhan whipping cream ke dalam adunan telur, sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Tapis adunan dan tuang ke dalam jug.
5. Tuang adunan ke dalam remekin hingga ¾ bahagian.
6. Bakar adunan creme brulee pada suhu 170ºC, 15 minit atau sehingga masak.
7. Selepas creme brulee sejuk, taburkan gula di atasnya dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar menggunakan api atas sahaja sehingga gula menjadi keperang-perangan atau boleh gunakan blow torch dengan api sederhana.
8. Anda boleh hias creme brulee dengan hirisan strawberri atau dimakan begitu sahaja. Enak disajikan ketika sejuk.

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui ruang mesej facebook/pandabaca atau emel hipandabaca@gmail.com

comments

FOLLOW US ON:
5 Rahsia Menjadi Ibu
Bagaimana Mengatasi

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja