Tuesday, Aug 21, 2018
HomeGajetLacie DJI Copilot – Penyalinan Data Tanpa Komputer

Lacie DJI Copilot – Penyalinan Data Tanpa Komputer

Lacie DJI Copilot - penyalinan data tanpa computer

Penyalinan data tanpa komputer

Seagate baru saja memgumumkan produk keluaran terbarunya iaitu LaCie DJI Copilot. Ia adalah cakera keras mudah alih untuk jurugambar juga videografer yang menggunakan dron.

Advertisements

Peranti ini mempunyai pemacu 2TB, serta skrin bersepadu untuk melihat keupayaan sedia ada pemacu. Status pemindahan data yang sedang dijalankan dan berapa kuasa yang ada pada bateri terbina dalam peranti ini.

Cakera keras LaCie ini sebagai jalan penyelesaian penuh dengan singkatan backup on set solution (BOSS) yang membolehkan pengguna menyemak rakaman tanpa mengunakan komputer riba.

Ia boleh dicapai dengan menggunakan aplikasi BOSS Copilot untuk telefon pintar dan tablet. Pada masa sama menyokong fungsi play back resolusi penuh pada peranti mudah alih dan membolehkan pengguna untuk mengatur dan mengurus kandungan.

Produk ini juga boleh dijadikan sebagai power bank untuk mengecas peranti USB, seperti telefon pintar atau action camera. Menurut Seagate, kapasiti 2TB cukup untuk menyimpan hingga 65 jam rakaman 4K / 30fps dan 20,000 atau lebih gambar format RAW. Pengguna boleh menyalin data secara langsung dari peranti storan USB (termasuk USB-C), kamera, kad SD, dan dron ke pemacu.

Ciri lain termasuk pembinaan tahan lama yang tahan terhadap habuk, percikan dan penurunan, termasuk pelan Penyelamatan Data hingga tiga tahun dan langganan sebulan untuk semua Creative Cloud Apps. Anggaran harga USD 349

untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.lacie.com

comments

FOLLOW US ON:
Terima Mesej Peribad
DJI Mavic Air - Apa

bilikgelap7@yahoo.com.my

Rate This Article:

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja