Friday, Aug 7, 2020
HomeMotivasiKemurungan: 24 Cara Bagaimana Wanita Ini Motivasikan Diri Hingga Berjaya Bangkit Semula Sepenuhnya

Kemurungan: 24 Cara Bagaimana Wanita Ini Motivasikan Diri Hingga Berjaya Bangkit Semula Sepenuhnya

Kemurungan, apa yang anda tahu dan faham mengenainya? Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih berpanjangan, keletihan dan tidak bertenaga. Selain cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian

Advertisements

Keadaan ini berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihadapi sesiapa sahaja tanpa kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berterusan hingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Tanda-tanda dan gejala kemurungan

  • Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti
    lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
  • Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
  • Perasaan bersalah
  • Rasa diri tidak berguna
  • Gangguan tidur,bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan
  • “Rasa lebih baik mati”, kadang kala disertai percubaan
    bunuh diri
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan dan ingatan
  • Sukar membuat keputusan
  • Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
    gangguan penghadaman
  • Kurang nafsu untuk bersama pasangan
  • Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
  • Mudah cemas atau fobia
* Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Foto utama: abcnews

Apa yang perlu dilakukan jika anda ‘terperangkap’ dalam keadaan murung dan tertekan? Wanita ini kongsi 24 cara untuk memotivasikan diri hingga berjaya dapat bangkit sepenuhnya.

“Ini antara yang selalu buat saya bangkit semula satu ketika dahulu. Saya sembuh sepenuhnya daripada depression dan anxiety. Saya tahu, anda juga mampu keluar dari dunia yang gelap tu,” kata Perunding Pendidikan ini dalam satu perkongsian menerusi akaun facebooknya, , Syahirah Omar .

1. Saya berusaha keluar dari depression kerana saya penat untuk meminta orang fahami saya. Saya yang mesti BERUBAH.

2. Imagine hayat anda setakat hari ni, dengan apa yang kita bawa ini membantu kita ke Jannah? Allah nak sesuatu daripada kita.

3. Jika anda juga mahu ke Jannah, anda rasa ahli syurga lain goyang kaki semasa hayat di dunia? Ujian mereka Besar.

4. Anda menangis, meraung, menengking, mengamuk depan anak? Please create memory yang indah buat anak. Jom bangkit!

5. Untuk minta orang fahami keadaan anda, anda kena faham satu perkara. Orang lain pun stress dengan ujian mereka.

6. Anda minta orang fahami anda? Sampai masa sabar manusia ada batasnya. Suami pun naik depressed sama!

7. Anda tidak akan sihat selagi anda salahkan orang lain, berdendam dan tidak belajar memaafkan.

8. Anda sentiasa ibarat tikus belari di dalam roda jika anda tidak mencari solusi untuk root cause anda. Never ending.

9. Cari Root Cause (punca masalah kemurungan anda). Belajar memaafkan, menerima ujian dan let go apa yang anda hold di hati. Ubat saja tidak membantu.

10. Anda tidak akan sihat selagi mana anda rasa semua orang zalim. Anda positive, orang lain akan berubah fahami anda.

Foto: Syahirah bersama anak-anaknya.

 

11. Ujian Allah itu penuh hikmah. Apa yang kita lalui adalah gutru terbaik buat kita. Allah tak kejam.

12. Anda depressed sehingga memukul menengking anak? Keturunan anda akan ulangi cara anak cucu dibesarkan.

13. Jika anda rasa seperti tidak mahu teruskan kehidupan, tanya diri anda, “What is the main purpose of life?” Jannah.

14. “Hidup aku lagi susah dari kau” – Ini bukan pertandingan siapa lagi susah. Cari solution bukan asyik mengenang nasib.

15. Ujian Allah beri tanda Allah mahu sesuatu daripada kita. Tanda Allah masih ingat, masih sayang.

16. Anda sedih Allah tak beri apa anda mahu dan rancang? Itulah kehidupan. Allah tahu apa yang terbaik untuk anda.

17. Anda cakap benda yang positive kepada diri, maka anda akan jadi apa yang anda sebut. Begitu juga sebaliknya.

18. Anda asyik ulang cerita kesedihan anda lalui kepada orang lain? Anda tidak akan berubah. Fokus pada solution bukan cerita yang lepas.

19. Anda rasa orang sukar fahami anda? Perbaiki cara komunikasi (minta dibantu bukan memberi arahan).

20. Jika anda buntu untuk mencari solusi, minta bantuan daripada orang yang anda percaya dan neutral. Bukan spesis membawang.

21. Malas untuk buat apa saja? Setkan goal and plan apa untuk buat esok hari. Tulis… Tulis… Tulis. Sebut… Sebut… Sebut.

22. Rasa diri loser? Anda hebat sejak hari pertama lahir ke dunia. Anda pilih untuk rasa, bukan Makcik Senah pilihkan.

23. Masalah dengan orang terdekat? Muhasabah diri, minta Allah tunjukkan jalan. Allah Maha Mendengar.

24. Bersyukur dengan segala nikmat Allah beri (masih bernafas, sempurna akal, fikiran dan keluarga).

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
5 Tip Ini Bantu Tubu
4 Tip Mengecat Ruang

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja