Friday, Aug 7, 2020
HomeDi PasaranKempen Quaker Oats Tahun Baharu – Makanan Sedap Dan Lebih Sihat

Kempen Quaker Oats Tahun Baharu – Makanan Sedap Dan Lebih Sihat

Kempen Quaker Oats Tahun Baharu - Makanan Sedap Dan Lebih Sihat
Memang sukar memilih pilihan yang sihat untuk makan malam dan hidangan rumah terbuka ketika Tahun Baharu, tetapi Quaker Oats, jenama Oat Nombor 1 Dunia* dan jenama Bijirin Panas Nombor 1 Malaysia**, menjadikannya lebih mudah dengan kempen “Share the Oats, Share the Ong”.

Warisan sedunia lebih daripada 140 tahun, Quaker Oats terus membawa kebaikan bijirin penuh kepada rakyat Malaysia, menggunakan idea inovatif yang ringkas selaras dengan budaya Malaysia.

Advertisements

Bersempena musim perayaan ini, Quaker Oats berkongsi resipi baharu yang bukan sahaja mudah disedia menggunakan Quaker Oats for Rice, malah sesuai untuk sajian makan malam seisi keluarga, selain dilengkapi dengan kebaikan gandum.

Diperbuat daripada gandum Australia yang asli, Quaker Oats for Rice kaya dengan serat dan mengandungi tahap Protein & Magnesium yang tinggi serta menjadi sumber Besi & Vitamin B12.

Khusus untuk dimasak bersama beras, hidangan yang lazat dan berkhasiat seperti Ayam dan Cendawan dengan Nasi dan Oat, Nasi Keladi Hokkien, dan Nasi Tomato Seafood pasti akan menarik perhatian seisi keluarga.

Kempen “Share the Oats, Share the Ong” akan berlangsung hingga 28 Februari 2018. Dalam tempoh kempen ini, pengguna boleh membeli Pek Hadiah Tahun Baru Cina (terdiri daripada balang 1kg Oats Segera / QuickCook Oats, pek 600g Oats for Rice dan balang kaca bertema Tahun Baru Cina percuma) pada harga runcit yang disyorkan RM19.98 di pasaraya terpilih (AEON, AEON BiG, Giant, The Store dan Econsave) di seluruh negara.

Penggemar Quaker Oats boleh mendapatkan resipi Tahun Baru Cina yang enak dan menyelerakan, serta maklumat lanjut mengenai promosi/acara/resipi terbaharu di www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.

 

Ayam Dan Cendawan Dengan Nasi & Oat

Bahan-bahannya;

  • ¾ cawan (180g) beras putih atau perang
  • 9 sudu besar (90g) Quaker Oats for Rice
  • 1 ¾ cawan (400ml) air untuk memasak nasi dalam periuk nasi
  • ½ ayam (500g) tanpa kulit dan lemak, dipotong menjadi kepingan kecil
  • 6 cendawan Cina, direndam sehingga lembut, dipotong separuh
  • 1 sudu besar halia, dicincang
  • 1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 ½ sudu besar minyak masak

Perapan ayam:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • ¾ sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Cara membuatnya:

  1. Perap kepingan ayam dengan bahan perapan dan ketepikan seketika.
  2. Di dalam kuali, panaskan 1 sudu besar minyak. Tumis halia 1 minit, tambah bawang putih dan tumis hingga perang keemasan.
  3. Masukkan kepingan ayam dan cendawan. Kacau rata 2-3 minit. Tambah 1 cawan air panas.
  4. Masak kuah sehingga mendidih, kecilkan api dan tutup kuali. Masak kira-kira 15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya
  5. Tambah 1 sudu teh lada putih.
  6. Campurkan beras putih atau perang dengan Quaker Oats for Rice dan 1 ¾ cawan air. Masak nasi dalam periuk nasi.
  7. Selepas kira-kira 10 minit, masukkan campuran ayam ke dalam periuk nasi. Jangan kacau sehingga nasi masak. Apabila nasi masak, kacau dan hidangkan.


Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon

Bahan-bahannya:

  • 5 sudu besar Quaker Instant Oatmeal
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 300g filet ikan, dibasuh dan dipotong menjadi kepingan kecil
  • 2 putih telur, dipukul sehingga gebu
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar minyak masak

Sos Lemon:

  • 5 sudu besar jus lemon
  • 12 sudu besar air
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh kulit lemon yang dihiris nipis

Cara membuatnya:

  1. Di dalam mangkuk, campurkan oat, tepung gandum, garam dan lada.
  2. Di dalam mangkuk lain, masukkan ikan dan telur terlebih. Gaul sebati. Kemudian masukkan ke dalam campuran oat. Gaul sebati.
  3. Panaskan minyak, masukkan kepingan ikan bersalut oat tadi.
  4. Tutup kuali dan masak dengan api yang kecil sehingga kedua-dua belah kepingan ikan menjadi perang keemasan dan garing.
  5. Hidangkan kepingan ikan bersama sos lemon.

Sos Lemon:

  1. Rebus jus lemon, air dan gula. Masukkan tepung jagung, kacau sehingga campuran menjadi pekat.
  2. Tambah kulit lemon dan masak selama 1 minit.
  3. Hidangkan dalam mangkuk kecil.

 

*Sumber: Euromonitor International Limited; Packaged Food 2016 edition, mengikut definasi bijirin panas, nilai jualan runcit, semua rangkaian runcit, data 2015
** Sumber: Source: No. 1* di Semenanjung Malaysia di segmen Bijirin Panas dalam kategori Bijian, berdasarkan Index Servis Runcit untuk kategori Bijirin bagi 12 bulan berakhir Mac 2017 di Semenanjung Malaysia (Copyright © 2016, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)

comments

FOLLOW US ON:
Pelajar Universiti T
7 Tips Hubungan Suam

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja