Tuesday, Nov 20, 2018
HomeGaya hidupKempen Didik Penjagaan Diri Untuk Remaja

Kempen Didik Penjagaan Diri Untuk Remaja

Usaha ini untuk memupuk tabiat penjagaan diri terbaik bagi golongan remaja khususnya aspek kebersihan dan keyakinan diri.

Remaja pada fasa akil baligh akan mengalami perubahan ketara termasuk dari segi suara, emosi dan fizikal. Antara perubahan besar yang perlu dihadapi,  peluh berlebihan berpunca daripada kelenjar apokrin di bawah lengan.

Advertisements

Apabila peluh bergabung dengan bakteria pada kulit, ini boleh menyebabkan masalah bau badan. Ada segelinitr remaja tidak menyedari bau badan ini dan menyebabkan orang di sekeliling berasa tidak selesa.

Remaja perlu dibekalkan dengan pengetahuan tentang penjagaan diri yang baik supaya mereka dapat mengatasi masalah peluh dan bau badan dengan betul. Apabila mereka dilengkapi dengan pengetahuan ini, fasa remaja yang sememangnya sukar dari segi fizikal dan sosial boleh lebih mudah diatasi.

Memahami keperluan ini, NIVEA tampil dengan kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ yang bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah menengah di seluruh negara, cara memupuk tabiat pengajaan diri yang terbaik. Kempen ini satu inisiatif berjangka panjang yang akan membabitkan sebuah pasukan khas yang akan melawat sekolah menengah di bandar utama Malaysia.

Dalam setiap lawatan, mereka akan berkongsi ceramah 45 minit yang akan meliputi aspek utama kebersihan diri termasuk penjagaan bahagian bawah lengan dan dandanan diri; khususnya kepada pelajar yang mengalami perubahan akil baligh.

Gandingan Khai Bahar – Nabila Razali

Lebih menarik, kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ turut mempunyai lagunya tersendiri, bertajuk ‘Langkah Berkeyakinan’ nyanyi penyanyi terkenal, Khai Bahar dan Nabila Razali. Lagu yang disampaikan secara interaktif ini bertujuan untuk mendidik pelajar mengenai penjagaan diri dan bahagian bawah lengan.

Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan, berkata, Nivea memahami perubahan yang dialami remaja dan sokongan yang mereka perlukan untuk melalui fasa hidup yang berbeza ini.

“Kami berharap kempen ini dapat menjadi sumber rujukan terbaik mereka untuk mempelajari lebih lanjut tentang kebersihan diri dan penjagaan bahagian bawah lengan. Dengan menggunakan deodoran NIVEA dalam rutin harian, mereka akan dapat kekal segar, kering dan selesa sepanjang hari.

Ini dapat mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan bau badan. Kami juga berharap mereka dapat berkongsi ilmu yang dipelajari bersama pelajar lain agar tabiat penjagaan diri yang baik ini dapat diteruskan sehingga mereka dewasa kelak,” kata Ng Hock Guan.

Pelajar juga boleh menyertai kempen ini dengan mengambil bahagian dalam pertandingan muzik video Penjagaan Diri TerbaekNIVEA dan berkongsi video mereka di platform digital seperti Facebook dan Instagram.

Mereka hanya perlu muat naik video ‘Langkah Berkeyakinan’ NIVEA mengikut kreativiti atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti Musical.ly, Tik Tok dan Smule.

Kongsikannya di akaun media sosial mereka menggunakan hashtag #myNIVEA dan #LangkahBerkeyakinan. Maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi NIVEA, www.facebook.com/mynivea/, dan NIVEA Men, www.facebook.com/myniveamen/serta https://www.nivea.com.my/.

Pelajar yang menyertai ceramah di sekolah berpeluang mencuba deodoran NIVEA yang memberi perlindungan  48 jam termasuklah Deodoran NIVEA Pearl & Beauty yang mengandungi ekstrak mutiara untuk kulit bawah lengan lebih licin dan cerah bagaikan mutiara. Juga ada Deodoran NIVEA MEN Cool Powder, memberi sensasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan.

Pilihan deodoran ini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam bentuk botol bebuli (roll-on) 50ml dan botol semburan (spray) 150ml pada harga yang disyorkan RM10.66 dan RM16.51 (Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak).

 

comments

FOLLOW US ON:
'Bazar Marrakech' Ni
5 Rahsia Kajol Kekal

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja