Tuesday, Nov 20, 2018
HomeGajetKecanggihan Iphone XS Dan Iphone XS Max Ini Pasti Buat Anda Teringin Memilikinya

Kecanggihan Iphone XS Dan Iphone XS Max Ini Pasti Buat Anda Teringin Memilikinya

Wow! Akhirnya Apple melancarkan dua iPhone terbaharunya, iaitu iPhone XS dan iPhone XS Max. Ini produk terbaharu yang menjadi penerus iPhone X.

Advertisements

Perbezaan iPhone baharu ini salah satunya adalah ukuran layar, di mana iPhone XS mempunyai layar 5,8 inci. Manakala iPhone XS Max 6,5 inci. Malah, layar iPhone XS Max ini lebih besar berbanding Galaxy Note 9 yang layarnya 6,4 inci.

Walaupun layarnya besar, ukuran bentuk iPhone XS Max hanya sedikit lebih besar daripada iPhone 8 Plus, sementara iPhone XS yang layarnya 5,8 inci lebih kecil berbanding iPhone 8 Plus. Sebab layar yang berbeza, perbezaan ukuran saiz kedua iPhone ini kebanyakan dari tingginya, bukan lebar telefon.

Selain ukuran layar, seperti kebanyakan iPhone siri ‘S’ sebelumnya, perubahan utama terletak pada spesifikasinya. Antara lain adalah layar yang mempunyai dynamic range lebih besar, speaker stereo dan peningkatan kecepatan pada Face ID. Ia adalah pengesahan muka paling selamat yang pernah ada di telefon pintar dan sekarang lebih pantas.

Iphone paling canggih

Lebih hebat, ada prosesor Intelligent A12 Bionic. Ini adalah cip yang paling pintar dan kuat dalam telefon pintar, dengan enjin Neural generasi Apple. Ini memberi pengalaman realiti bertambah hebat. Potret yang luar biasa dengan Kawalan Kedalaman. Juga kelajuan dan ketidakstabilan dalam semua yang anda lakukan. Menurut CEO Apple, dua jenis telefon ini adalah iPhone paling canggih yang pernah dibuat Apple.

Kamera juga jadi bahagian yang mendapat peningkatan dan diklaim mempunyai sistem kamera baharu. Kedua-duanya masih menggunakan dua kamera belakang seperti di iPhone X, iaitu kamera dengan lensa lebar dan lensa tele, yang kedua-duanya menggunakan sensor 12 megapixel lengkap dengan optical image stabilization.

Cukup menarik kerana fungsi kamera dengan lensa lebarnya menggunakan sensor baharu dengan pixel lebih besar, sementara kamera dengan lensa telenya mempunyai bukaan lebih besar. Ini bermakna, kedua-dua kamera berkenaan mempunyai kualiti rakaman lebih tinggi pada keadaan kurang cahaya.

Kamera depannya juga disebut mempunyai fungsi lebih baik dan pantas, namun angka bukaan dan megapixelnya tidak mengalami perubahan dibanding iPhone X. Secara keseluruhan, peningkatan fungsi kamera iPhone baharu ini adalah aspek Smart HDR. Dengan sensor lebih cepat dan cip Aion Bionic yang kuat membawa lebih banyak kemuncak dan bayang terperinci ke foto anda.

Apple juga menambahkan aspek yang sebelum ini tidak pernah ada pada iPhone, iaitu sokongan dua kad SIM yang terdiri daripada satu kad SIM fizikal, dan sebuah e-SIM. Kedua SIM ini boleh diaktifkan secara bersamaan, termasuk menghubungkan datanya. Menarik, bukan.

Lihat video untuk paparan lanjut: Iphone XS dan XS MAx

comments

FOLLOW US ON:
Mesti Cuba! 3 Jenis
5 Sebab Lain Kenapa

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja