Thursday, Aug 6, 2020
HomeLensaPelajar Universiti Taylor’s Juarai Anugerah Seni Kulinari Nestlé Professional Ke-10

Pelajar Universiti Taylor’s Juarai Anugerah Seni Kulinari Nestlé Professional Ke-10

Pelajar daripada Universiti Taylor’s dinobatkan sebagai juara Anugerah Seni Kulinari Nestlé Professional Ke-10 (CAA) selepas bertanding tiga hari berturut-turut.

Advertisements

Eng Sheng Pei (Edward), yang kini berada dalam tahun ke-3, kursus Diploma Seni Kulinari memenangi Hadiah Wang Tunai dan Latihan Amali di Hotel Antarabangsa Bertaraf 5 Bintang.

Dia mencipta hidangan bertemakan ‘taman’, antaranya pencucui mulut diperbuat daripada coklat mousse, ‘salted caramel’ dan ‘pistachio sand’ yang menunjukan kefahaman serta penguasaannya dalam penyediaan, pesembahan juga asas dalam bidang masakan.

“Saya memang gemar memasak dan amat berterima kasih kepada pensyarah di Universiti Taylor’s terutama Pensyarah Farouk Othman untuk segala tunjuk ajar yang diberi.

“Saya berharap mereka berbangga dengan pencapaian saya dan saya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk berlatih di bawah bimbingan Chef Antoine, “kata Eng.

Memacu Bakat Chef Muda Ke Tahap Lebih Tinggi 

Pertandingan yang dianjurkan Nestlé Professional dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk mengembangkan bakat muda dalam industri kulinari.

Diadakan bermula 25-27 Januari 2018, CAA 2018 disertai 10 pelajar berbakat daripada institusi kulinari terbaik di Malaysia bersaing untuk hadiah utama bernilai RM3,000 serta latihan amali selama 6 bulan di bawah bimbingan Antoine Rodriguez, Chef Eksekutif di Le Méridien Kuala Lumpur.

Pemenang juga berpeluang mewakili Malaysia dalam Pertandingan Kemahiran ASEAN dan Pertandingan Kemahiran Dunia yang akan datang iaitu inisiatif global bagi meningkatkan profil dan mengiktiraf individu berbakat.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Profesional untuk Malaysia-Singapura, Yit Woon Lai berkata, Nestlé Professionalnmengutamakan pembentukan bakat muda dan amat berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) untuk meneruskan tradisi penting ini dengan menganjurkan CAA Ke-10.

“Setiap tahun, para peserta berdepan dengan saingan yang lebih sengit dan ini menjadikan CAA sebagai landasan terbaik untuk mengembangkan lagi bakat-bakat muda ini agar mereka dapat mengharumkan nama negara dalam bidang seni kulinari.” Ujar Yit Woon.

Naib juara, Idris Muaz Bin Mazlan daripada UiTM Permatang Pauh pula memenangi hadiah wang tunai RM2,000. Sementara pemenang tempat ketiga, Shaun Wong Wen Jin of Universiti UCSI menerima RM1,000. Mereka turut merangkul pingat dan sijil yang disahkan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Skills Malaysia.

Menurut Chef Eksekutif di Le Méridien Kuala Lumpur, Antoine Rodriguez, melihat kemahiran, semangat dan kreativiti di dapur menjadi suatu perkara mengujakan dan sangat penting untuk mencungkil bakat muda supaya lebih ramai boleh menghargai ciptaan mereka.

“Saya harap penyertaan mereka dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk menceburi bidang seni kulinari dan mempersembahkan keunikan masing-masing kepada seluruh dunia.”

Barisan juri profesional terdiri daripada Perunding Seni Kulinari dan Dapur; Chef Sabri Hassan, Pengarah Kulinari, Restoran dan Bar Sheraton Imperial KL Hotel; Chef Rajesh Khanna, pemilik pengeluar makanan khusus German Delicatessen; Chef Mohd Nazrin @ Ludwig Gaisbauer dan Chef Antoine Rodriguez.

Mereka telah membuat penilaian menyeluruh bagi setiap peserta, dari kemahiran dapur dan organisasi ke persembahan, rasa dan tekstur dan sebagainya.

Penganjuran Anugerah Seni Kulinari Nestlé Professional Ke-10 (CAA) yang dilancarkan pada 2006 bertujuan untuk meningkatkan standard seni kulinari di Malaysia.

Anugerah ini terbuka kepada pelajar terpilih daripada kolej yang menawarkan Program Diploma Pengajian Seni Kulinari dan disokong Skills Malaysia, sebuah program yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

Mengenai Nestlé Professional®

NESTLÉ Professional® ditubuhkan untuk membekalkan produk makanan dan minuman yang berkualiti tinggi kepada pengendali di dalam industri makanan dan minuman.

Pelbagai pilihan menarik dari jenama yang dipercayai dan digemari sejak sekian lama, NESTLÉ Professional® terus membantu pelanggannya memuaskan hati pengguna mereka.

Setakat ini, NESTLÉ Professional® mempunyai rangkaian global yang terdiri daripada unit penyelidikan dan pembangunan, termasuklah 14 kilang perkhidmatan makanan, pusat-pusat makanan, Pusat Minuman (Beverage Centre) di Switzerland dan lebih 10,000 kakitangan di lebih 90 buah negara.

 

comments

Majlis Pernikahan Yu
Kempen Quaker Oats T

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja