Tuesday, Nov 20, 2018
HomeSelebritiIstana The Cinderella Fattah Dan Fazura Guna 350 Tenaga Kerja

Istana The Cinderella Fattah Dan Fazura Guna 350 Tenaga Kerja

Istana ‘The Cinderella’ Fattah Dan Fazura Guna 350 Tenaga Kerja

Selepas melangsungkan pernikahan secara tertutup pada November 2017, pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Nur Fazura telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada 25 Februari 2018.

Advertisements

Bertemakan ‘Fattzura Fairytale‘, pasangan ini meraikan ahli keluarga, kenalan rapat, rakan artis dan media dalam satu majlis di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Majlis gilang gemilang itu menyaksikan pasangan mempelai itu persis putera dan puteri raja melalui busana digayakan, selain bersanding di pelamin yang dihiasi indah bak istana kayangan.

Wow! Guna 350 khidmat tenaga kerja

Hari ini, perancang perkahwinan mereka, Reka Teemor berkongsi cerita disebalik tabir ‘pembinaan’ indah itu menerusi akaun Instagramnya. Seramai 350 orang tenaga kerja digunakan untuk merealisasikan pelamin impian pasangan itu.

“Istana ‘The Cinderella’ ini hanya layak direalisasikan untuk #fattzurafairytale kerana mereka adalah hero & heroin drama ‘Hero Seorang Cinderella’.

“Persiapan selama sebulan diperuntukkan. Tenaga kerja dibawah pentadbiran @rekateemor seramai 350 org diperlukan utk membina struktur istana, mengukir kuda, memasang kerdipan bintang dan kesan cahaya oleh @dbevent_malaysia.

“Menggubah bunga, memasang draping, menghampar hamparan putih, memasang ribuan kristal chandelier dan mentadbir perjalanan majlis sesempurna mungkin hanya untuk peminat #fattzurafairytale.

“Kami harap our love birds @fattahaminz & @missfazura dan peminat mereka berpuashati dengan persembahan kami 😊 Moment indah ini diabadi ekslusif oleh videograher @muhammadzameer dan video oleh @lhmedia. 

View this post on Instagram

Istana ‘The Cinderella’ ini hanya layak direalisasikan untuk #fattzurafairytale kerana mereka adalah hero & heroin drama ‘Hero Seorang Cinderella’. Persiapan selama sebulan diperuntukkan. Tenaga kerja dibawah pentadbiran @rekateemor seramai 350 org diperlukan utk membina struktur istana, mengukir kuda, memasang kerdipan bintang dan kesan cahaya oleh @dbevent_malaysia. Menggubah bunga, memasang draping, menghampar hamparan putih, memasang ribuan kristal chandelier dan mentadbir perjalanan majlis sesempurna mungkin hanya untuk peminat #fattzurafairytale. Kami harap our love birds @fattahaminz & @missfazura dan peminat mereka berpuashati dengan persembahan kami 😊 Moment indah ini diabadi ekslusif oleh videograher @muhammadzameer dan video oleh @lhmedia

A post shared by FAIZ & MUMTAZ (@rekateemor) on

Netizen kagum keindahan pelamin kayangan

Hasil kerja Reka Teemor itu turut mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata kagum dengan keindahan pelamin berkonsep Fattzura Fairytale itu.

afikamarul :Less is more, and its the fact that captures my eyes beautifully 👍👍❤

anvi2319 :Should have done more fairytale.. Like Kereta kuda.. Cx ur other creations was more extraordibary..

dazzlelia.my@awienn.m :agreeeeddd!!!!

adore_n_chantique_cakes :so stunning.. out of the box.. ❤❤

mimisaleh1:Sangat indah dan menakjubkan hasil kerja ni.

icha_nuril@ :rekateemor u guys did an amazing job!!!semua cantik tak terkata,all great!!❤️❤️ @rekateemor mmg the best👍👍👍👍 dari dulu follow,smua wedding sgt cantik lah!!

halizamnAhmazing! :Love it.

suzilaadenan :Cantikkkkk…….

comments

FOLLOW US ON:
Samsung Galaxy S9 &
Hajjah Neelofa Lanca

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja