Sunday, Aug 18, 2019
HomeDi PasaranInovasi Terkini Rawatan Luka Hansaplast

Inovasi Terkini Rawatan Luka Hansaplast

Hansaplast Spray Plaster direka khas untuk pengguna aktif, manakala Hansaplast Fast Healing Plaster membantu mengurangkan parut.

Mungkin ada yang beranggapan, setiap plaster mempunyai fungsi sama, namun Hansaplast telah membuktikan bahawa kenyataan ini tidak benar dengan ciptaan terkini Hansaplast Spray Plaster dan Hansaplast Fast Healing Plaster untuk rawatan luka terunggul dan efektif.

Advertisements

Cara penggunaan Hansaplast Spray Plaster amat cepat dan mudah, semburan produk ini akan menghasilkan filem perlindungan yang fleksibel dan kalis air, di mana sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif dan memerlukan rawatan segera.

Filem yang lutsinar dan mampu mengalihkan udara ini turut membekalkan perlindungan antibakteria. Kelebihan semburannya adalah membolehkan luka dirawat di bahagian yang sukar dicapai atau dilihat kerana semburan boleh dihasilkan dari pelbagai sudut berbeza.

Taja program latihan rawatan kecemasan

Dari segi pengurangan parut, Hansaplast Fast Healing Plaster pula mempercepatkan penyembuhan luka dengan merawat luka 2x lebih cepat. Kelebihan ini memberi kemudahan supaya tugasan penting dapat disambung semula, ataupun aktiviti seperti berlari dan bermain dapat dilakukan dengan lebih selesa.

Teknologi inovatif penyembuhan luka lembap membantu kulit kekal lembut, mencegah pembentukan keruping dan sekali gus mengurangkan pembentukan parut.

Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan, berkata,  Hansaplast adalah jenama yang mempunyai sejarah terkenal dengan innovasi sejak memperkenalkan plaster berpelekat pada tahun 1922.

“Dengan menggunakan kepakaran kami and teknologi yang terunggul, Hansaplast menawarkan pelbagai plaster yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.  Produk terbaharu dalam rangkaian terunggul kami ini mempunyai inovasi perawatan luka luar biasa yang tidak mampu ditawarkan plaster biasa,” kata Ng Hock Guan.

“Kami memberikan sokongan sepenuhnya dalam segi penambahbaikan rawatan kecemasan dan luka dengan membekalkan produk berinovasi Hansaplast kepada petugas kecemasan. Justeru, kami juga berbesar hati untuk menaja program latihan rawatan kecemasan di sekolah anjuran St John Ambulance of Malaysia melalui sumbangan produk Hansaplast bernilai lebih RM60,000.” tambahnya.

Tajaan ini akan memberi manfaat kepada pelajar dari 700 buah sekolah di seluruh negara. Mereka akan diberi latihan mengenai cara penggunaan produk Hansaplast serta pengetahuan mengenai rawatan luka.

Harga promosi

Dapatkan Hansaplast Spray Plaster (32.5ml) dan Hansaplast Fast Healing 8’s Saiz Besar pada harga  RM31.04 and RM25.38.

Menerusi kerjasama dengan St John Ambulance bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan rawatan luka, orang ramai kini boleh menikmati potongan 20% untuk rangkaian terkini Hansaplast di Watson’s. Promosi tamat pada 31 September 2018.

Maklumat lanjut mengenai produk Hansaplast, sila layari www.facebook.com/HansaplastMY.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Siti Saleha Sertai S
3 Tip Ini Bantu Elak

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja