Tuesday, Jan 23, 2018
HomeKeluargaIni Sebabnya Mengapa Anda Perlu Tatap Wajah Pasangan Ketika Klimaks

Ini Sebabnya Mengapa Anda Perlu Tatap Wajah Pasangan Ketika Klimaks

Reaksi wajah orang yang sedang menikmati kemuncak ghairah seksnya (klimaks) memang tidak menarik dan tidak dapat dikawal. Bagaimanapun, hubungan seks tidak memerlukan wajah cantik dan bertatarias.

Menurut penulis buku, The Sex Doctor dan The Sex Inspector, Tracey Cox, berkata, ekspresi muka kebanyakan pasangan suami isteri ketika mencapai kemuncak ghairah seks tidaklah seperti yang digambarkan dalam filem romantis.

“Wajah mereka merah, berpeluh dan berkerut. Ya, pendek kata, ekspresinya tidak menarik. Mulut lelaki sering kali terbuka sambil sedikit mengerang, selain ada desahan pelik dan tidak jelas apa yang diucapkan.

Seks berkaitan dengan nafsu yang menghasilkan emosi bercampur-baur terutama saat menikmati puncak syahwat. Jadi, tiada siapa peduli rupa mereka ketika itu. Paling penting, kepuasan yang dinikmati bersama.

Sementara perunding perkahwinan dan keluarga juga penulis buku Passionate Marriage, David M Schnarch, menyarankan pasangan suami isteri membuka mata mereka ketika mencapai kemuncak ghairan seks kerana cara ini membuat hubungan lebih intim.

Tidak dinafikan, ada segelintirnya menutup mata ketika mencapai klimaks kerana rasa rendah diri dan malu dengan ekspresi wajah yang tidak dapat dikawal.

Bagaimana cara mengatasinya? Biasakan diri membuka mata dan menikmati momen paling erotik itu. Kecuali, anda menyembunyikan sesuatu. Anda hanya berpura-pura klimaks!

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
3 Tip Elak Krisis Da
Kuasa doa

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja