Saturday, Jul 20, 2019
HomeKeluargaIni 7 Sebab Mengapa Wanita Suka Suami Orang

Ini 7 Sebab Mengapa Wanita Suka Suami Orang

7 Sebab Mengapa Wanita Suka Suami Orang

Anda mungkin sudah biasa terbaca atau mendengar di mana-mana, berita ada wanita sanggup berkahwin dengan suami orang. Ya. Zaman ini, mendengar atau membaca berita perkahwinan wanita dengan lelaki berstatus suami orang bukan lagi perkara luar biasa. Mungkin juga pernah terjadi di kalangan kenalan atau keluarga sendiri.

Advertisements

Anda mungkin hairan dan tertanya-tanya, mengapa ada segelintir wanita mudah terpikat dengan suami orang?

Mengapa mereka memilih pasangan yang sudah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak, sedangkan masih ramai lelaki bujang?

7 Sebab Mengapa Lelaki Beristeri Lebih Diminati Wanita

Begini, ada beberapa fakta mengejutkan disebalik hubungan sulit seorang wanita dengan lelaki sudah beristeri.

Begitulah fakta yang kami temui berdasarkan pengakuan dan pendapat beberapa wanita yang mempunyai pengalaman menjalinkan hubungan (malah berkahwin) dengan lelaki yang sudah berkeluarga.

1. Lelaki yang sudah berkahwin kelihatan lebih menarik

Di mata segelintir wanita, lelaki yang sudah berkahwin memiliki daya tarikan berbeza berbanding lelaki belum berkahwin.

Mereka (lelaki) menunjukkan  kematangan dan kedewasaan dalam perhubungan. Bentuk tubuh dan penampilan diri lebih kemas dan terjaga dengan baik.

2. Melayan wanita dengan sopan

Lelaki yang sudah berumah tangga telah melalui pelbagai pengalaman dalam memahami sikap  wanita. Jadi, dia mampu melayan teman wanita dengan lebih sopan. Ini sekali gus membuat wanita berasa tersentuh dan lebih dihormati. Kelebihan inilah yang membuat kaum wanita ‘cair’, terus jatuh hati!

3. Kebapaan

Lelaki berkahwin dan mempunyai anak secara tidak sengaja mungkin telah menunjukkan perilaku kebapaannya. Misalnya, ketika mengendong anak, memeluk anak atau mengajak anak bermain.

Perilaku seperti ini membuat wanita memberi penilaian yang lebih kepada seorang lelaki. Penilaian yang baik berdasarkan rasa kagum, kemudiannya berkembang menjadi rasa cinta yang sukar dibuang dari hati.

4. Ekonomi mapan

Salah satu alasan bagi segelintir wanita yang mempunyai hubungan dengan lelaki berkahwin adalah kerana faktor kewangan.

Tak dapat dinafikan, lelaki yang sudah berumah tangga biasanya mempunyai kewangan yang mapan. Mempunyai pendapatan stabil, pelaburan yang kukuh juga gaya hidup selesa.

Kestabilan ekonomi ini acapkali menjadi daya tarik terutama bagi wanita yang mementingkan ekonomi keluarga kukuh dan selesa.

5. Lebih sabar

Lelaki yang sudah membina keluarga selama bertahun-tahun secara tidak langsung telah belajar bagaimana menjadi seorang yang penyabar. Sabar menghadapi sikap dan kerenah isteri juga anak.

Sikap seperti ini amat menarik bagi wanita. Kaum wanita umumnya berasa selesa dan selamat bersama lelaki yang penyabar, boleh membimbing dan menjadi pendengar terbaik buat dirinya.

6. Bersemangat

Lelaki beristeri cukup bersemangat dalam melakukan pelbagai perkara, terutama dalam pekerjaan. Ini kerana dia mempunyai tanggungjawab kepada isteri dan anaknya.

Semangat dalam diri lelaki beristeri ini membuat mereka nampak sangat menarik dan penuh tanggung jawab.

Keadaan ini biasanya jarang ditemui dalam diri lelaki bujang (belum beristeri). Umumnya, lelaki bujang lebih santai kerana tiada banyak tanggungjawab yang harus dipikul.

7. Pandai memujuk

Ya, kerana dia sudah beristeri. Ada anak, tentunya dia sudah biasa dan pakar dalam hal pujuk memujuk. Dia tahu apakah kelemahan wanita dan bagaimana melembutkannya. Sebab itulah, wanita mudah terpesona dan akhirnya terpikat dengan ‘aura suami orang’!

Fakta ini mungkin mengejutkan dan pelik bagi sebahagian orang. Namun, hakikatnya, hal inilah yang mendorong segelintir wanita menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Tentulah keadaan ini tidak sepatutnya terjadi. Jika anda berada dalam situasi ini, sebaiknya segera putuskan hubungan berkenaan. Lebih baik membina keluarga sendiri dari awal tanpa perlu merosakan kebahagiaan orang lain.

Foto: greatist.com

 

 

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Rumahtanggaku Musnah
Berpeluk Bantu Bakar

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja