Wednesday, Nov 20, 2019
HomeInspirasi DapurIkan Pekasam Bertelur

Ikan Pekasam Bertelur

Sebut saja Ikan Pekasam, pasti ramai kecur liur. Dimasak cara apa sekalipun, tetap menambat selera. Kali ini, kami kongsikan satu lagi cara menyediakan ikan pekasam. Mudah, cepat dan sedap. Disajikan bersama nasi putih panas dan kicap manis sudah cukup untuk membuat kita bertambah nasi. Jom, lihat cara membuatnya.

Advertisements

Bahan:

1 bungkus Ikan Pekasam (anggaran 2-3 ekor)

2 biji telur

1 biji bawang besar

3-4 tangkai cili padi

Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

  1. Tulang ikan pekasam diasingkan daripada isinya. Ke tepikan.
  2. Basuh telur (kulit). Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan kacau 2-3 kali.
  3. Hiris bawang besar dan cili padi. Ke tepikan.
  4. Di dalam kuali, panaskan minyak secukupnya. Kemudian goreng isi ikan pekasam sehingga agak garing.
  5. Masukkan hirisan bawang dan cili. Gaul sebati dan goreng sehingga layu.
  6. Akhir sekali, masukkan telur. Gaul sebati bersama isi ikan pekasam. Goreng seketika dan padamkan api.
  7. Mudah, bukan. Selamat mencuba.

comments

FOLLOW US ON:
Asam Rebus Kobis Jer
Asam Rebus Perut Lem

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja