Sunday, Jul 22, 2018
HomeHiburan/SelebritiHajjah Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam

Hajjah Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam

Ini Akibatnya Apabila Hajjah Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam

Ini Akibatnya Apabila Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam

Gegak gempita dunia media sosial berikutan tindakan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa mengadakan majlis pelancaran koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Advertisements

Pelancaran kolesi hijab itu pada malam tadi turut meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-29. Majlis  yang dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan itu teruk dikecam dalam media sosial.

Bagaimana pun, usahawan muda itu mempertahankan pemilihan lokasi pelancaran koleksi hijab turban itu, sekali gus mengambil sikap tidak peduli pada kritikan netizen mengenai kontroversi berkenaan.

Memetik penjelasannya menerusi laporan BH Online, Neelofa berkata, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

For this @naelofarhijab #BeLofabyNH launch event, we went neon! ✨

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.” katanya.

Tegas pengacara program Meletop itu lagi, jika terus melayan kecaman netizen, tidak akan habis sampai bila-bila.

“Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” kata heroin ‘Suri Hati Mr Pilot’ itu.

Surat Terbuka Mufti Untuk Neelofa

Kontroversi itu turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi satu status di laman sosial Facebook, Mufti Wilayah Persekutuan, beliau memuat naik gambar sedang menulis surat terbuka kepada selebriti berkenaan.

“Menulis surat terbuka untuk Hajah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau di akaun Facebook rasminya hari ini.

 Bagaimanapun, kandungan surat itu tidak diketahui, tetapi difahmkan akan disiarkan dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Pendakwah dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad tampil memberi pandangannya mengenai keberkatan perniagaan, kaedah publisiti dan kualiti rezeki. Menerusi satu tulisan panjang di akaun Facebook, antaranya beliau menulis;

Berada di tempat yang sinonim dengan arak dan pergaulan bebas bagi tujuan dakwah tidak salah dengan syarat tetap menjaga niat, syariat dan akhlak.

Sebaliknya, jika syariat dilanggar dan nilai akhlak tercemar, berada di tempat sebegitu ialah suatu yang mungkar dan mengundang fitnah.

Bukan soal kita berada di mana, itu bukan persoalannya. Tetapi yang penting ialah apa yang kita lakukan ketika kita berada di situ. Berada di kelab malam untuk berdakwah itu baik, tetapi walaupun berada di masjid untuk mencuri adalah tidak baik.

Di tempat yang buruk, jadilah seperti ikan…walaupun dikelilingi laut yang masin, isi ikan tidak masin. Jangan jadi seperti sesumpah yang mengubah warna setiap kali berubahnya suasana.

Promosi untuk perniagaan tidak salah, kerana perniagaan sangat digalakkan dalam Islam. Tetapi promosi jangan sampai melanggar syariat dan akhlak, itu dilarang oleh Islam. Niat tidak menghalalkan cara.

Walaupun mungkin kaedah itu publisiti yang unik dan bakal melariskan jualan produk tetapi apa gunanya semua itu jika Allah tidak redha dan tercabut keberkatan perniagaan.

Kita dambakan kualiti rezeki bukan semata-mata kuantitinya. Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan.

Orang yang memfitnah salah tetapi orang yang mengundang fitnah juga bersalah. Justeru, Rasulullah SAW sentiasa menutup ruang untuk difitnah walaupun apa yang baginda lakukan sentiasa benar di sisi Allah.

Rasulullah SAW bukan sahaja menjaga ‘kata-kata’ Allah tetapi baginda juga berjaga-jaga dengan kata-kata manusia.

Jangan sampai kita berdosa dengan Allah dengan memfitnah orang. Dan jangan sampai orang lain berdosa kerana kita membuka ruang dosa untuk mereka kerana memfitnah kita.

Yang unik, gimik dan luar biasa memang memberi publisiti dan bagus untuk promosi….tetapi sekiranya telah melanggar syariat dan akhlak, itu tidak bernilai sedebu pun di sisi Allah.

Dan jika kita terus tega dan degil melakukannya, bukankah itu menunjukkan kitalah yang sangat mementingkan ‘apa orang lain kata’ berbanding dengan ‘apa yang Allah kata’?

Jika semua itu kerana kejahilan marilah sama-sama kita belajar dan menambah ilmu. Jika semua itu kerana kedegilan, marilah sama-sama kita istighfar dan bertaubat kepada Allah.

Yang kita kejar ialah kaya jiwa berbanding kaya harta… namun jika diberi kaya jiwa dan kaya harta itulah yang terbaik untuk kita.

Kaya jiwa itu ketenangan. Kaya harta itu kesenangan. Jangan sekali-kali cuba membeli ketenangan dengan kesenangan. Kita tidak akan mampu. Kita akan tertipu!

Boikot Neelofa?

Dalam pada itu satu di laman sosial Facebook rasmi, Friends Of PAS memuat naik tulisan yang mengajak netizen memboikot secara besar-besar ke atas Neelofa berikutan tindakannya mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung di kelab malam.

Be Lofa Turban Sold Out!

Walaupun teruk dikecam, koleksi hijab turban Be Lofa Turban dibawah jenama Naelofar Hijab yang dilancarkan malam tadi, sudah pun habis dijual.

Di laman web Naelofar Hijab mendapati, kesemua 45 warna  untuk koleksi  yang dijual pada harga RM73 dan RM75 itu disenarai sebagai ‘sold out‘.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada turban itu masih boleh didapati di kedai stokis di seluruh negara.

Koleksi Be Lofa Turban berkonsepkan hijab kontemporari yang menjadi pilihan kepada tudung biasa dan Be Lofa Shawl (tidak dijual atas talian). Dihasilkan daripada kain sutera terbaik, ia gandingan serasi untuk digayakan bersama Be Lofa Turban.

comments

Istana The Cinderell
Surat Terbuka Buat H

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja