Sunday, Aug 18, 2019
HomeInspirasi DapurResipi Gulai Tempoyak Ikan Patin

Resipi Gulai Tempoyak Ikan Patin

Sama ada durian segar mahupun tempoyak, kedua-duanya mempunyai penggemar ‘tegar’ tersendiri. Ada yang suka makan durian begitu sahaja, ramai juga yang menjadikannya sebagai penyedap dan rencah istimewa dalam masakan.

Advertisements

Gulai Tempoyak Ikan Patin misalnya, sudah lama menjadi kegemaran rakyat Malaysia khususnya di negeri Pahang. Selain enak, cara membuatnya juga mudah dan bahan yang diperlukan cukup ringkas.

Ada beberapa resipi yang boleh anda cuba. Paling penting, mestilah ada tempoyak. Lagi banyak tempoyak, bertambah sedap hasil gulainya. Kali ini kami kongsikan satu daripada resipi Gulai Tempoyak Ikan Patin.  Jom lihat senarai bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin, dipotong dan dibersihkan (sebaiknya rendam dengan air asam jawa / lemon)
Sedikit kunyit hidup
10-15 biji cili padi
3 batang serai, dititik
3-5 camca besar tempoyak
3-4 keping asam gelugor
Air secukupnya
1 ikat daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
1-2 kuntum bunga kantan (jika suka)

Cara membuat:
1. Tumbuk atau kisar kunyit bersama cili padi sehingga lumat.
2. Di dalam periuk, masukkan ikan patin, bahan yang ditumbuk dan tempoyak. Gaul sehingga mesra (sebati) dan perapkan sekurang-kurangnya 5-10 minit.
3. Bubuh air di dalam periuk berisi ikan patin tadi, masukkan serai, asam gelugor dan didihkan.
4. Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa serta daun kesum.
5. Anda juga boleh masukkan bunga kantan atau sekadar menjadikannya hiasan dalam Gulai Tempoyak Ikan Patin.

Selamat mencuba.

comments

FOLLOW US ON:
Ini 4 Tanda Hubungan
Motivasi Dan Inspira

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja