Tuesday, Aug 21, 2018
HomeGajetDJI Mavic Air – Apa Keistimewaan Dron Keluaran DJI Kali Ini

DJI Mavic Air – Apa Keistimewaan Dron Keluaran DJI Kali Ini

DJI Mavic Air - Apa Keistimewaan Dron Keluaran DJI Kali Ini

Apa Keistimewaan Dron Keluaran DJI

Hari ini DJI telah memperkenalkan dron keluaran baru beliau iaitu DJI Mavic Air. Mari kita lihat apa keistimewaan dron keluaran DJI kali ini.
Sebuah dron kamera ultra mudah alih dan mudah dilipat yang memberikan prestasi yang lebih tinggi. Ciri-ciri yang lebih bijak dan dapat menghasilkan pengambaran yang lebih kretif daripada mana-mana dron keluaran lain.

Advertisements

Dibangunkan dengan ciri-ciri mudah dibawa, sesuai kepada yang suka aktiviti luar. Kamera 4K tersedia untuk kualiti imej yang lebih baik, mod Quick Shot baru dan Smart Capture untuk merakam imej dengan lebih mudah.

Flight Autonomy 2.0 dengan Advance Sistem bantuan Pilot untuk penerbangan yang lebih bijak dan selamat.

Reka bentuk Mavic Air membolehkan penerokaan tanpa batas di mana saja anda berada.

Ciri-ciri DJI Mavic Air

Mempunyai ciri yang hampir sama dengan Mavic Pro. Mavic Air menggunkan sensor 1/2.3 inci membolehkan merakam video 4K pada 24 atau 30 frame sesaat, 12 megapiksel dengan sudut lebar 24mm f2.8 membolehkan merakam gambar dan video dalam kualiti yang tinggi.

Boleh menahan angin sehingga 22 batu sejam, mempunyai jarak 2.5 batu (dalam jarak visual penglihatan) dengan rekan bentuk antena baru. Dengan sokongan untuk merakam video perlahan 1080p 120 fps, Mavic Air dapat merakam semua pengambaran kelajuan tinggi anda.

 

Terdapat juga simpanan dalaman sebanyak 8GB, jadi pengguna boleh menyimpan foto dan video tanpa menambah kad MicroSD.

  • Three-axis stabilized 4K camera
  • 24mm F2.8 lens
  • New ventilation system prevents overheating
  • Increased signal coverage with new omnidirectional antenna
  • Foldable body
  • 21-minute flight time
  • 2.5-mile range
  • Reaches speeds up to 42.5 mph
  • Can take off and fly at up to 16,000 feet (4,900 meters) above sea level
  • Optional remote has been redesigned for portability, with removable thumbsticks
  • Built-in 8GB storage with microSD expansion
  • USB-C port
  • Three colors: white, black, red

Masa & Kesesuaian Penerbangan

Mavic Air mempunyai masa penerbangan maksimum selama 21 minit. Ia boleh terbang dengan stabil dalam keadaan berangin sehingga 22mph (36kph) dan tinggi hingga 16,404 kaki (5000m) dari paras laut.

Mengambil masa selama 55 minit untuk mengecas bateri sepenuhnya dengan menggunakan pengecas USB standard atau Hub Pengecasan.

Alat kawalan jauh DJI Mavic Air adalah yang pertama membolehkan batangnya ditanggalkan dan disimpan di dalam kawalan jauh itu sendiri.

Antena omnidirectional yang diletakkan di atas gear pendaratan boleh membantu meningkatkan liputan isyarat untuk menyampai julat maksimum sehingga 2.5 batu (4km) dengan 720p penghataran video masa sebenar.

Apabila dalam mod Sukan, Mavic Air terbang dengan kelajuan hingga 42mph (kph) dan serasi dengan DJI Googles untuk pengalaman penerbangan FPV yang mendalam.

  Ulasan Mengenai Kamera dan Video

Terdapat beberapa ciri baru diperkenalkan pada Mavic Air pada kali ini. Antaranya, mod pemotretan baru (termasuk pilihan panorama 32-megapixel), kawalan isyarat yang lebih baik dan juga meningkatkan pemprosesan imejnya untuk menghasilkan foto dan video yang lebih baik daripada sensor yang kecil itu.

Perisian mengindari rintangan yang baharu ia bukan saja berhenti di hadapan rintangan tetapi menghindar dan mengalihkan halangan.

Dengan kamera berkuasa 1/2.3 sendor CMOS dan bersamaan dengan lensa 24mm f2.8 (pada sensor bingkai penuh 35mm) menangkap gambar dan video berkualiti tinggi.

Mavic Air dilengkapi kamera pegun 12 megapixel yang menggunakan algoritma HDR baru yang mengekalkan banyak sorotan dan butiran cahaya yang rendah, membolehkan anda menangkap gambar udara yang menakjubkan dari matahari terbit hingga matahri terbenam.

Merakam video 4K yang stabil pada 30fps, dengan kualiti tinggi dengan bitrate maksimum 100mbps. Dengan keupayaan video perlahan 1080p pada 120fps Mavic Air juga dapat merakam  adegan cepat yang dramatik.

Seperti yang kita lihat dalam dron-dron yang lain keluaran sebelum ini juga, Dji Mavic Air menawarkan mod video QuickShot dengan laluan penerbangan yang telah ditentukan sebelumnya yang mengekalkan subjek dalam bingkai.

Bersama dengan laluan Rocket, Dronie, Cicle dan Helix yang dilihat sebelumnya adalah mod yang baru. Mod penerbangan pintar Active Track telah dipertingkatkan untuk membolehkannya memahami pelbagai subjek dalam bingkai serta dapat mengekalkan subjek utama dalam bingkai ketika aktiviti gerakan tinggi.

Smart Capture, sistem gerak isyarat yang diperkenalkan dengan Spark, membolehkan pengguna menyediakan arahan berasakan tangan kepada dron dari sejauh 20kaki, termasuk melancarkan, mendarat, menolak dan tarik kedudukan, mengikuti dan mengambil gambar.

Jangan lupa, DJI Mavic Air adalah dron pertama yang mempunyai penyimpanan 8GB yang membolehkan anda menyimpan foto dan video terus ke pesawat, di tambah slot kad SD Micro untuk kapasiti pemyimpanan tambahan.

Harga dan Ketersediaan Mavic Air

DJI Mavic Air akan dijual pada harga $799 dan akan tersedia untuk pra-pesanan mulai hari ini.

untuk lebih lanjut boleh la layari www.dji.com

DJI copilot

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Lacie DJI Copilot -
Majlis Pernikahan Yu

bilikgelap7@yahoo.com.my

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja